Sunday, April 28, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 TEMA KESUASTERAAN (SAJAK)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cemerlang
Tarikh                                                :  5 April 2012
Masa                                                  :  1 jam 30 minit (9.50 – 11.20 pagi)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan
Tajuk                                                 :  Semangat CIntakan Tanah Air
Fokus Utama         :           7.2        Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera.
 Aras 1                                 (i)           Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan menyatakan sebab.
Fokus Sampingan  :        11.3      Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
Aras 1                                     (i)         Mengenal ciri-ciri puisi tradisional dan moden.

Objektif :  Pada akhir pengajaran, murid dapat :
                              i.        mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan menyatakan sebab.
                            ii.        menyatakan ciri sajak yang dipelajari.

Sistem Bahasa                               
Tatabahasa                           : Kata banyak makna
Kosa kata                              : warisan, abadi, kedewasaan, perwira
Pengisian Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum                      
Ilmu                            : Kajian tempatan
Nilai Murni                : Patriotisme, kasih sayang, keberanian, kerjasama

Bahan bantu mengajar       : Teks sajak “Warisan”, lagu “Warisan”, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada      : Murid pernah belajar konsep kata terbitan seeprti awalan kata kerja.

Masa
 


Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Catatan

Set Induksi
(5 minit)






Bunyi tembakan

  1. Guru memasangkan audio bunyi tembakan.
  2. Soal jawab tentang tembakan.
Contoh soalan :
·         Itu bunyi apa?
·         Pernah dengar di mana?

  1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

Teknik :
sumbang saran, soal jawab

BBM :
Bunyi tembakan

Nilai murni :
keberanian


Langkah 1
(20 minit)

Teks sajak bertajuk Warisan. (Rujuk lampiran 1)

Klasifikasi sajak Warisan :
Puisi tradisional

Ciri-ciri sajak Warisan :
·         Berbentuk bebas.
·         5 rangkap.
·         Suku kata tidak terikat.
·         Bernada patriotik


Contoh soalan:
  • Apakah maksud Warisan?
  • Apakah hasrat penyajak?
  • Bagaimanakah cara kita mempertahankan negara?
  • Kita perlu mempertahankan negara mengapa?

  1. Guru mengedarkan teks sajak.
  2. Guru membuat tunjuk cara bacaan sajak “Warisan” yang betul.
  3. Murid secara bergilir-gilir membaca secara mekanis teks yang diberi dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  4. Guru mengklasifikasikan sajak Warisan.
  5. Perbincangan antara guru dan murid tentang ciri-ciri sajak.
  6. Soal jawab antara guru dan murid tentang isi kandungan sajak.


Teknik :
Tunjuk cara, soal jawab
BBM :
Teks lirik lagu

KB :
Mencirikan

Nilai Murni :
Berdisiplin

Langkah 2
(20 minit)

Perbincangan ayat-ayat yang digariskan.

Ayat-ayat yang digariskan dalam teks sajak :

  1. Yang murni abadi sejati.
  2. Andai ku terbuang tak diterima
  3. Ke mana harusku semaikan cinta ini
  4. Bukanlah seorang perwira
  5. Walau dengan cara sendiri.
  6. Sepanjang kedewasaan ini
  7. Akulah penyambung warisan

Contoh perkataan menarik :
·         Warisan bermaksud harta peninggalan
·         Kedewasaan bermaksud kematangan
·         Abadi bermaksud ada permulaan tiada pengakhiran.

Nyanyian lagu Warisan

  1. Soal jawab antara guru dan murid mengenai ayat-ayat yang bergaris.
  2. Guru meminta murid menyatakan kesan kepada diri mereka apabila melafazkan baris-baris sajak yang bergaris.
  3. Guru meminta murid menyenaraikan perkataan menarik yang terdapat dalam sajak.
  4. Murid diminta oleh guru untuk menyatakan maksud perkataan menarik yang telah dipilih.
  5. Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu Warisan.


Teknik : sumbang saran


BBM :
Teks cerita “Perginya Seorang Pejuang”,  teka silang kata dan lembaran kerja.

Penerapan nilai murni.


Langkah 3
(10 minit)

Kata kerja terbitan.
Contoh awalan kata kerja dalam teks :
·         Berjuang
·         Menghunus
·         Menjunjung

  1. Guru mengingatkan kembali tentang awalan kata kerja.
  2. Murid diminta membulatkan awalan kata kerja yang terdapat dalam teks.
  3. Guru dan murid berbincang maksud kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks.
  4. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid diminta membina ayat menggunakan kata kerja terbitan tersebut di lembaran kerja yang disediakan. (Rujuk lembaran 1)

BBM : Teks cerita

Penerapan nilai murni.


Langkah 4
(3o minit)

Binaan sajak berbentuk bebas.

Tajuk Simulasi :
Mempertahankan Negara



  1. Guru memberikan kad aktiviti membina sajak kepada  wakil kumpulan.
  2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang sajak yang akan dibina.
  3. Guru memberikan kad aktiviti simulasi kepada setiap wakil kumpulan.
  4. Murid berbincang tentang simulasi mempertahankan Negara.
  5. Setiap kumpulan dikehendaki mendeklamasi sajak dan membuat simulasi mempertahankan negara, mengikut kreativiti masing-masing.

Teknik : simulasi, main peranan
BBM : kad aktiviti.membina sajak, kad aktiviti simulasi
Nilai : kerjasama, keberanian, kasih sayang

Penutup
(5 minit)

Nilai murni.
Contoh :
Kasih sayang, keberanian, berdikari


  1. Guru menyimpulkan pelajaran.
  2. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.

Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.

No comments:

Post a Comment