Thursday, November 8, 2012

Nota Ulangkaji Linguistik - Sejarah Perkembangan


Bincangkan apakah sumbangan orang India dlm perkembangan bahasa.
·       Orang India tlh mengkaji bahasa Sasnkrit sejak beratus2 tahun S.M.
·       Bahasa Sanskrit ialah bahasa Veda iaitu kitab suci org hindu. Salah sebuah kitab yg terkenal ialah Rigveda.
·       Sebagai kitab suci, nyanyian yg terdapat dlm kitab ini perlu disebut dgn betul demi menjamin pemahaman & ketepatan maksud & tafsiran.
·       Para Brahmin telah berusaha mengemukakan rumus bahasa yg dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris.
·       Panini telah menghasilkan karya yg berjudul Astadyayi. Karya ini mengandungi 400 pelajaran, disusun mengikut gaya komentar kepada Veda yg disebut Sutra.
·       Panini menghuraikan bahasa mengikut hierarki iaitu :
Fonetik & fonologi -> Morfologi -> Tatabahasa -> Falsafah -> Semantik
·       Antara kejayaan yg dicapai oleh orang India :

Ø Kajian bermula dengan kajian fonetik iaitu kajian pembentukan bunyi melalui mekanisme artikulasi.
Ø Penganalisaan bahasa mestilah sampai ke akarnya.
Ø Imbuhan dpt dipisahkan daripada kata akar / kata dasar.
Ø Kata kerja wujud lebih dahulu daripada kata nama.
Ø Penggantian vokal secara tetap dlm tatabahasa India.
Ø Penemuan ini mengejutkan org Barat yg selama ini mengkaji bahasa berasaskan falsafah & prasangka.

No comments:

Post a Comment