Saturday, November 10, 2012

Nota Ulangkaji Linguistik - Wacana


Jelaskan maksud wacana & huraikan 5 ciri wacana.

Maksud wacana :
·       
    Wacana adalah istilah umum yg sering digunakan bg mentakrif wacana ialah unit bahasa yg lengkap & tertinggi melampaui ayat.
·       Menurut Tatabahasa Dewan (2008:523) dinyatakan wacana ialah unit bahasa yg melebihi batas ayat.
·       Wacana boleh terdiri drpd ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku & sebagainya yg memperlihatkan hubungan & perkembangan fikiran yg berurutan & lengkap.

Ciri2 wacana :

i. Tautan :
·       Keserasian hubungan antara 1 unsur linguistik dgn unsur linguistik yg lain utk menghasilkan wacana yg mantap.
·       Ia lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dgn perkataan, frasa atau ayat yg lain dlm wacana tersebut.

ii. Runtutan :
·       Merupakan kesinambungan idea yg terdapat di dlm sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

iii. Tujuan  :
·       Setiap wacana yg diujarkan sama ada dlm bentuk lisan atau tulisan perlu mempunyai tujuan.
·       Tujuan wacana ditentukan oleh penghasil wacana utk menimbulkan interaksi yg komunikatif.

iv. Penerimaan :
·       Pendengar & pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.
·       Tahap penerimaan tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yg diujarkan sama ada dlm bentuk lisan atau tulisan.

v. Maklumat :
·       Setiap wacana perlu mempunyai maklumat.

vi. Keadaan :
·       Keadaan berkaitan dgn faktor utk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dgn situasi ujaran.
·       Sesuatu wacana yg diujarkan perlulah sesuai dgn keadaan.

vii. Interteks :
·       Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kpd wacana yg lain.
·       Ini bererti, wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting utk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yg sedang dibaca atau didengar.

No comments:

Post a Comment