Thursday, November 8, 2012

Nota Ulangkaji Pengantar Linguistik - Semantik


Semantik adalah salah satu disiplin ilmu yg penting dlm kajian bahasa & mempunyai pertalian yg erat dgn disiplin ilmu yg lain seperti sejarah dan linguistik.

Huraikan 2 pertalian antara semantik dan sejarah.

Hubungan semantik dgn sejarah makna sesuatu bahasa mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Contohnya : perkataan syurga diambil drpd bahasa Sanskrit. Makna sesuatu bahasa itu mungkin kekal, berkembang, menyempit & hilang. Contoh : perkataan khalwat bermaksud berdua2an L&P di tempat sunyi. Sejarah bahasa mengambil kira semua makna yg lama & juga baharu masuk ke dlm bahasa tersebut & direkodkan dlm kamus. Contoh : perkataan ‘istirehat’ sudah jarang digunakan yg bermaksud berehat.



Huraikan 2 pertalian antara semantik dgn linguistik.

Semantik mempunyai hubungan yg erat dgn linguistik. Ahli bahasa berpendapat bahawa makna unsur utama dlm perkataan / ayat. Contoh :   

Ayat I : Saya suka baju ini. Makna ayat ini hanya suka akan baju ini.
Ayat II. Saya suka baju yg ini. Ayat ini menyatakan makna yg tegas bahawa penutur hanya suka baju ini dan tidak yg lain.

Ada pula ahli bahasa yg menganggap bahawa makna telah wujud dlm otak penutur, iaitu sebelum ayat atau perkataan diujarkan. Contoh :

Ayat I : Kamu jgn pergi.
    Maksud ayat dlm otak penutur yg disebut sebagai struktur dalam.
    Ayat II : Jangan pergi.
    Maksud ayat yg diujarkan dgn maksud yg lebih tegas.

     Sesuatu ayat atau ujaran tidak gramatis jika tidak mempunyai makna yg lengkap. 
    
    Contoh : Burung terbang tinggi. Ayat ini tidak gramatis kerana maknanya terlalu umum iaitu membawa maksud semua burung terbang tinggi.  

No comments:

Post a Comment