Showing posts with label globalisasi. Show all posts
Showing posts with label globalisasi. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

KESAN POSITIF GLOBALISASI TERHADAP PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA MEMBANGUN

Pendahuluan :

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea, dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.


1. Globalisasi memajukan ekonomi negara

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi mempergiat perdagangan antarabangs

Peniaga dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Persidangan video, internet, dan emel telah memudahkan perhubungan.

E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan.

Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.

Ekonomi negara berkembang pesat.


2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi.

Pertukaran pengetahuan, pengalaman, budaya, dan sebagainya bergerak bebas.

Menjalin hubungan erat dan mengurangkan salah faham.

Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta merta.

Membolehkan bantuan diberikan segera.


3. Pemindahan teknologi bertambah pesat.

Pelabur asing membawa teknologi baharu ke sesebuah negara

Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih.

Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembagunan (R&D).


Kesimpulan :

Globalisasi telah membawa kesan yang besar.

Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi globalisasi.

Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita.

Wednesday, January 21, 2015

Kesan positif globalisasi

1. pmbljrn spnjg hyt – pmbljrn berlaku tanpa kira masa, akses kendiri,
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri.  Penemuan penyelidikan tingkatkan mutu P&P seterusnya sistem pendidikan cmrlg.
Pendedahan & pembacaan pelbagai maklumat. conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.

2. kebolehan berkomunikasi-Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi. Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya, bergerak dengan bebas. Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta 

2. kemahiran teknologi – pmbljrn menggunakan teknologi utk dpt mklumat, perubahan peranan guru dlm b.drjh.
Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian

3. kemahiran berbahasa – penggunaan BI sbgai bhs ilmu & bhs antarabangsa. Kemahiran berbahasa dlm pelbagai bhs, sebabkn sumber manusia yg pakar ke luar negara kerana gnjrn lebih lumayan.

4. transformasi kurikulumPendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Dpt sediakn modal insan yg sesuai dgn permintaan global, dpt berdaya saing & penuhi citarasa psrn buruh antrbgsa.

5. persaingan sihat antara institusi pendidikan – utk tingktkn mutu pendidikan, hasilkn rekacipta inovatif, pertumbuhan cwgn universiti luar, penubuhan institusi swasta



 (boleh juga dikira sbg kepentingan globalisasi, faedah globalisasi)

Tuesday, January 20, 2015

Kesan negatif globalisasi

1. Meminggirkan bahasa melayu – tertumpu kpd bhs inggeris yg dijadikan sebagai bhs ilmu.
- Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.
-BI lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik
-Bahasa Inggeris dianggap bahasa yang amat penting untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat antarabangsa, alam pekerjaan, penguasaan ilmu dan sebagainya. Majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris & meminggirkn BM.

2. peluang pasaran tenaga kerja kurang – pengangguran meningkat kerana peningktn pljr berkelayakan & pljr bergraduan

3. pencemaran budaya- Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit.Budaya liar ini langsung tidak ditapis. Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh. Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis.Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 

4. pengkomersialan pendidikan
Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.

5. Penafian konsep pendemokrasian pendidikan.
Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

6. penghayatan ilmu itu semakin terhakis.

Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.

Monday, January 19, 2015

Maksud globalisasi

-mengenepikan sekatan, tanpa kira bangsa, kulit, agama, status, ltr blkg. Wujudkn dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi .


-Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.