Tuesday, January 20, 2015

Kesan negatif globalisasi

1. Meminggirkan bahasa melayu – tertumpu kpd bhs inggeris yg dijadikan sebagai bhs ilmu.
- Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.
-BI lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet. Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik
-Bahasa Inggeris dianggap bahasa yang amat penting untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat antarabangsa, alam pekerjaan, penguasaan ilmu dan sebagainya. Majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris & meminggirkn BM.

2. peluang pasaran tenaga kerja kurang – pengangguran meningkat kerana peningktn pljr berkelayakan & pljr bergraduan

3. pencemaran budaya- Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit.Budaya liar ini langsung tidak ditapis. Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh. Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis.Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 

4. pengkomersialan pendidikan
Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.

5. Penafian konsep pendemokrasian pendidikan.
Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

6. penghayatan ilmu itu semakin terhakis.

Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment