Showing posts with label definisi. Show all posts
Showing posts with label definisi. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Definisi bimbingan, kaunseling dan psikoterapi


a)      Bimbingan
Aktiviti yang dijalankan untuk membekalkan individu atau ahli kelompok dengan ilmu atau kemahiran tertentu.
b)      Kaunseling
suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
c)       Psikoterapi
Pemulihan minda atau pemulihan kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi.

Wednesday, October 30, 2013

definisi semantik

Perkataan semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bererti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Selain istilah semantik, sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah lain yang digunakan seperti semiotik, semiologi dan semasiologi. Namun Istilah semantik lebih digunakan kerana istilah ini hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Mengikut Ferdinand de Saussure, setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur iaitu yang diertikan (Inggeris „ signified‟) dan yang mengertikan (signifier), yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang, sementara yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan. Bahasa sebagai lambang perlembagaan yang canggih, kompleks dan anjal. 

Saturday, October 19, 2013

Definisi Bahasa

Edward Sapir (1948:8) telah mendefinisikan bahasa sebagai “ a purely human and non
instinctive method of communicating ideas, emotions and desires by means of a system of
voluntary produced symbols”. Sapir berpendapat, bahasa merupakan satu alat atau cara yang hanya dimiliki manusia untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan
kehendak mereka.

 Albert B. Cook (1977) mendifinisikan bahasa sebagai “…..a system of arbitrary
vocal symbols and grammartical signals by means of which the members of the speech
community communicate, interact and transmit their culture.” Oleh itu, bagi Cook bahasa
adalah satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang
digunakan oleh anggota sesebuah komuniti.

 Nelson Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang
dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau
cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka.

 Samsuri (1978) menyatakan bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk
fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan. Selain itu, sebagai penanda bangsa,
bahasa merefleksi atau menggambarkan latar belakang budaya seseorang pengguna atau
penuturnya.

Thursday, October 17, 2013

Definisi Linguistik Menurut Pendapat Tokoh

Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 
1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of 
language”. 
2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara 
saintifik. 
3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa 
manusia. 
4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai 
bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 
5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. 

Beliau juga mengatakan bahawa perkataan "linguistik‟ sudah memberikan maksud 
kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan. 

Friday, July 12, 2013

definisi bilik darjah yang mesra budaya

·   Bilik darjah yg selesa, kondusif, damai, & tenteram utk menjalankan p&p tanpa menafikan hak2 kesamarataan, murid yg berbeza latar belakang dr segi kaum, jantina, sse dan keperluan
·   Sekeliling yg telah ambil kira kepelbagaian budaya
·   Yg boleh ransang murid menjadi peka kpd budaya org lain dan saling hormat menghormati

·   Yg di mana murid dpt bergaul mesra tanpa mengira perbezaan mereka

Wednesday, July 3, 2013

Definisi etnik dan sebab mengapa hubungan etnik penting

Definisi etnik
·         Sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hamper seragam ( adat resam, pakaian,bahasa dan kegiatan ekonomi).

Mengapa hubungan etnik penting?
·   Negara stabil
·   Pembangunan eko dgn pelaburan asing
·   Pembangunan social
·   Pelancongan

·   Penghidupan aman

Sunday, June 30, 2013

Definisi sosialisasi, indikator kelas sosial, kawalan sosial, mobiliti sosial

 definisi sosialisasi
·   Proses interaksi social yg m’bolehkan indi. belajar norma, cara hidup masyarakat dan peranannya.

 indicator kelas social
·   Taraf pendidikan, jenis pekerjaan spr mahir, separuh mahir & kurang mahir, pendapatan bulanan & tahunan.

 definisi kawalan social
·   Tindakan yg diambil utk memastikan indi. mematuhi norma masyarakat. Tujuannya adalah supaya mencorak tingkah laku indi. sesuai dengan norma masyarakat.

 definisi mobility social

·   Pergerakan individu / kumpulan antara kedudukan yg berbeza dalam stratifikasi social. Pergerakan boleh berlaku secara mendatar atau menegak.

Thursday, June 27, 2013

Definisi Kelompok dan Tugas Setiap kelompok

Definisi kelompok :
·         2 individu @ lebih yg berinteraksi, saling bergantung & saling bergabung utk mencapai sasaran tertentu.

Tugas setiap kelompok :
·         kelompok tugas – bersama2 menyelesaikan sesuatu tugas
·         kelompok kepentingan – individu yg bekerjasam utk mencapai sasaran khusus

·         kelompok persahabatan – kelompok yg ditetapkan scr bersama2 krn memiliki sifat yg sama.