- Perbetulkan niat hendak menjadi guru & ikhlaskan hati. (sebelum masuk)
 - Tidak memakai pakaian yg terlalu terang atau banyak warna. Pastikan pakaian sedap mata memandang dan tidak terlalu over.
 - Bagi yg perempuan, pastikan bedak tidak bercapuk. Penampilan cantik dan kemas. Tudung tidak senget-senget. :-)
 - Pakai blazer dan tag nama yang mengikut ukuran yg betul iaitu 2.5x7.5.
 - Bagi yg Islam, banyak-banyak baca bismillah dan Rabbiyassir walatuassir rabbi tammim bilkhair. (sebelum masuk)
 - Apabila diarahkan masuk oleh penemuduga, sebelum masuk, ketuk pintu, beri salam dan senyum.
 - JANGAN DUDUK JIKA BELUM DISURUH OLEH PENEMUDUGA. Apabila diminta duduk, barulah duduk dan ucap terima kasih.
 - Sentiasa senyum di dalam bilik temuduga :-) (Tunjukkan muka yg manis walau apa jua berlaku)
 - Duduk dgn sopan & postur yg tegak. (duduk tegak seperti atas pelamin) :-)
 - Segala perbuatan seperti duduk, cakap, jalan atau apa jua mestilah YAKIN.
 - Jangan cakap terlalu kuat dan berjela-jela. Jawapan mestilah terus kpd soalan yg ditanya oleh panel penemuduga.
 - Lakukan gerak tangan sedikit semasa bercakap, tetapi janganlan terlalu berlebih-lebihan.
 - Tidak menjawab perkara yg bukan soalan atau perkara yg bukan diaju kepada kita.
 - Jangan menyampuk percakapan panel penemuduga atau rakan.
 - Tidak melawan penemuduga. Lagi lawan lagi hangat. Silap-silap GAGAL. Sentiasalah tenang, sabar dan tabah walau apa jua berlaku semasa di dalam bilik temuduga.
 - Jawapan kpd soalan dinasihatkan agar ikhlas dari hati, jujur & mestilah positif. Jangan berlakon. Penemuduga boleh tahu. :-)
 - Berhati-hati dgn jawapan yg diberi. Berdasarkan sesuatu jawapan itu, biasanya panel akan tanya soalan yg seterusnya.
 - Sebelum keluar, ucap terima kasih dan senyum. :-)
 
Tuesday, November 4, 2014
Tips semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Tips persediaan sebelum temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Siap sedia ayat utk pengenalan diri dan promosi diri.
 - Beli baju baru yg sedap mata memandang (jika mampu).
 - Faham & hafal Rukun Negara. Tahu bagaimana hendak mengaitkan Rukun Negara dgn subjek major & minor.
 - Faham & hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tahu bagaimana hendak mengaitkan FPK dgn subjek major & minor.
 - Faham & hafal dasar-dasar yg telah dibuat oleh kerajaan.
 - Faham & hafal kandungan dalam PPPM, aspirasi kepada sistem pendidikan, aspirasi murid, anjakan. Tahu bagaimana hendak mengaitkan kandungan PPPM dgn subjek major & minor.
 - Hafal nama-nama menteri. Hafal juga nama-nama organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), IPGM, Pejabat Pendidikan Daerah dan IPG masing-masing.
 - Tahu dan hafal serba-serbi tentang SPP.
 - Faham dan hafal mengenai segala-galanya yg berkaitan dgn KSSR. Contoh : tunjang, elemen, perbezaan KBSR & KSSR, cara penilaian. Baca serba-serbi yg ada dalam dokumen standard.
 - Tahu secara mendalam mengenai subjek major & minor. Contoh : teknik, strategi, pendekatan, penilaian sumatif, penilaian formatif.
 - Tahu, faham dan hafal item-item dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) subjek major & minor, menggunakan KSSR & KBSR.
 - Tahu serba-serbi mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan HOTS.
 - Tahu, faham & ingat teori-teori pembelajaran. Contoh, behaviorisme, tingkah laku dsb.
 - Tahu tentang kokurikulum permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan. (Ingat semula apa yg dilaksanakan sewaktu praktikum & di IPG)
 - Banyakkan pembacaan mengenai isu-isu semasa. Mesti faham & ingat perkara-perkara yg penting serta tahu mengaitkan kesan isu tersebut dgn subjek major & minor.
 - Tahu masalah displin yg berlaku dalam kalangan guru di sekolah. Tahu bagaimana hendak atasi.
 - Perbanyakkan berdoa (mengikut adat & kepercayaan masing-masing). Bagi yg Islam, jgn tinggal solat. Perbanyakkan solat-solat sunat, membaca al-quran, bersedekah, dsb. *Mesti dilakukan sentiasa iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga.
 
Pesanan : Segala jawapan yg diberi mestilah positif. Bersedia utk menjawab soalan di luar kotak pemikiran. :-)
Subscribe to:
Comments (Atom)