Tuesday, November 4, 2014

Tips semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

  1. Perbetulkan niat hendak menjadi guru & ikhlaskan hati. (sebelum masuk)
  2. Tidak memakai pakaian yg terlalu terang atau banyak warna. Pastikan pakaian sedap mata memandang dan tidak terlalu over.
  3. Bagi yg perempuan, pastikan bedak tidak bercapuk. Penampilan cantik dan kemas. Tudung tidak senget-senget. :-)
  4. Pakai blazer dan tag nama yang mengikut ukuran yg betul iaitu 2.5x7.5.
  5. Bagi yg Islam, banyak-banyak baca bismillah dan Rabbiyassir walatuassir rabbi tammim bilkhair. (sebelum masuk)
  6. Apabila diarahkan masuk oleh penemuduga, sebelum masuk, ketuk pintu, beri salam dan senyum. 
  7. JANGAN DUDUK JIKA BELUM DISURUH OLEH PENEMUDUGA. Apabila diminta duduk, barulah duduk dan ucap terima kasih.
  8. Sentiasa senyum di dalam bilik temuduga :-) (Tunjukkan muka yg manis walau apa jua berlaku)
  9. Duduk dgn sopan & postur yg tegak. (duduk tegak seperti atas pelamin) :-)
  10. Segala perbuatan seperti duduk, cakap, jalan atau apa jua mestilah YAKIN.
  11. Jangan cakap terlalu kuat dan berjela-jela. Jawapan mestilah terus kpd soalan yg ditanya oleh panel penemuduga.
  12. Lakukan gerak tangan sedikit semasa bercakap, tetapi janganlan terlalu berlebih-lebihan.
  13. Tidak menjawab perkara yg bukan soalan atau perkara yg bukan diaju kepada kita. 
  14. Jangan menyampuk percakapan panel penemuduga atau rakan.
  15. Tidak melawan penemuduga. Lagi lawan lagi hangat. Silap-silap GAGAL. Sentiasalah tenang, sabar dan tabah walau apa jua berlaku semasa di dalam bilik temuduga.
  16. Jawapan kpd soalan dinasihatkan agar ikhlas dari hati, jujur & mestilah positif. Jangan berlakon. Penemuduga boleh tahu. :-)
  17. Berhati-hati dgn jawapan yg diberi. Berdasarkan sesuatu jawapan itu, biasanya panel akan tanya soalan yg seterusnya.
  18. Sebelum keluar, ucap terima kasih dan senyum. :-)  
Semoga Berjaya! :-)

No comments:

Post a Comment