Monday, December 29, 2014

ADAPTASI PELBAGAI PERKEMBANGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

1. Latihan Guru

Dalam membawa perubahan negara melalui pembentukan modal insan, amat bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru.

Perubahan dalam lathan perguruan:

i. Naik taraf maktab perguruan ke Institut 

ii. Kurikulum Latihan Perguruan

(Pendidikan awal kanak-kanak, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, literasi dan numerasI, kemahiran insaniah, kompetensi bahasa inggeris, pendekatan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran)

2. Program Pensiswazahan Guru

Untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM seperti :

i. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) – guru sekolah menengah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

ii. Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) - guru sekolah rendah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

iii. Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) - guru besar di sekolah rendah diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

3. Kurikulum Transformasi

Dimulakan dengan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) pada tahun 2010 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Kedua-dua konsep di atas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Transformasi mencakupi elemen-elemen seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

6 tunjang dalam KSKP & KSSR:
Komunikasi
 Kerohanian, sikap dan nilai
 Kemanusiaan
Keterampilan diri
Fizikal dan estetika
Literasi sains dan teknologi

4. Sekolah Berprestasi Tinggi

Ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.

Elemen yang melonjakkan kecemerlangan sekolah:

1.       Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
2.       Menjadi suri teladan sekolah-sekolah lain dgn membimbing melalui ‘mentoring’ & ‘coaching’.
3.       Memperoleh autonomi & akauntabiliti dalam pengurusan serta pencapaian murid.
4.       Menempatkan murid-murid cemerlang yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment