Friday, October 16, 2015

CONTOH SURAT MAKLUMAN LINUS

LETTERHEAD SEKOLAH
____________________________________________________________________________
Kepada :
Semua ibu bapa murid
Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3),
 SK ?
Kukup, Pontian.

Tuan,

Pemberitahuan Pelaksanaan Saringan 2 Linus 2.0 bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi Matematik bagi Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 2015

2.         Dengan hormatnya perkara di atas telah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah telah diarah untuk melaksanakan saringan 2 LINUS 2.0 mengikut jadual seperti berikut :

                      i.        Saringan Membaca/Lisan : 1 September 2015 hingga 30 September 2015
                     ii.        Saringan Bertulis : 4 Oktober 2015 hingga 16 Oktober 2015
                    iii.        Pengisian Data ke Portal : 19 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015

3.         Sehubungan itu, semua murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) diwajibkan menduduki Saringan 2 Membaca/Lisan 2015 bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi Matematik. Oleh yang demikian, diminta ibu bapa memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah bagi menduduki saringan LINUS yang dijalankan oleh guru.
Sekian, untuk makluman dan kerjasama ibu bapa dan penjaga diucapkan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
…………………………………………..
(?)

Guru Besar
SK ?,

Kukup, Pontian

No comments:

Post a Comment