Tuesday, October 25, 2016

PANTUN TEKA-TEKI BENTUK 2D

Sayang emak duduk di sini,
Sayang ayah tinggal di sini,
Bentuk ini sama sisi,
Siapa tahu bentuk ini?
Jawapan : segi empat sama

Pergi sekolah muka berseri,
Seronok sekali belajar di sini,
Berkelip di langit cantik berseri,
Cuba teka bentuk ini?
Jawapan : bintang

Buat kaya bersama bonda,
Boleh dihidang di hari raya,
Badan saya macam roda,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : bulat

Dalam semak nampak besi,
Dari jauh nampak.bercahaya,
Saya ada tiga sisi,
Cuba teka siapa saya?
Jawapan : segitiga

Pergi Melaka membeli ragi,
Cantik berseri berbaju kebaya,
Badan saya empat segi,
Cuba teka sampai berjaya?
Jawapan : segi empat tepat

No comments:

Post a Comment