Friday, October 18, 2013

Bidang Linguistik

Secara umumnya bidang linguistik terbahagi kepada:

a) Mikrolinguistik (linguistik tulen) 

Bidang yang mengkaji bahasa dari dalam iaitu kajian terhadap struktur bahasa
itu sendiri. Contohnya kajian terhadap:

 fonologi - bunyi
 morfologi - perkataan
 sintaksis - ayat
 semantik - makna

b) Makrolinguistik (linguistik terapan) 

Bidang yang mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan faktor-faktor di
luar bahasa iaitu melibatkan kajian yang bersifat intra disiplin. Contohnya
kajian terhadap:

 sosiolinguistik – mengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat
 psikolinguistik – mengkaji hubungan bahasa dengan perlakuan manusia
 filologi – kajian terhadap sejarah bahasa yang terdapat dalam satu teks
 neurolinguistik – kajian berkaitan saraf otak dengan kemampuan bahasa
 petalogi – kajian tentang perkataan tentang cara bercakap

No comments:

Post a Comment