Thursday, October 17, 2013

Cabang Linguistik

Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabang berdasarkan beberapa 
perkara seperti meneliti linguistik dari sudut fungsinya, dari sudut apa-apa yang dikaji dan 
aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang linguistik pula, terdapat dua bidang 
linguistik iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. Berikut adalah penerangan ringkas 
tentang cabang-cabang linguistik: 

1. Linguistik Deskriptif 

Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi, tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu. 
Linguistik ini bermaksud juga pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara 
penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat dihuraikan atau 
dijelaskan dengan lebih berpada (adequate).  Linguistik Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum disebut sebagai "General Linguistik‟. Linguistik Deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dengan hipotesis dan teori-teori Linguistik General. Linguistik juga membekalkan data untuk mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan. 

2. Linguistik Preskriptif

Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula bahasa bagi menjelaskan sesuatu
fenomena bahasa. Linguistik Preskriptif menerang dan menentukan cara bahasa
sepatutnya ditulis dan dituturkan. Hal ini adalah untuk membolehkan penutur dilihat
sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dan dianggap sebagai orang yang
terpelajar. Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya berbanding rumus
tatabahasa.

3. Linguistik Terapan

Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori deskripsi, kaedah dan hasil kajian
linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku teks, dalam leksikografi,
penterjemahan, stilistik, petalogi bahasa dan sebagainya.

4. Linguistik Perbandingan ( komparatif)

Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi,
perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan
antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Linguistik ini kerap digunakan untuk
membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain.

5. Linguistik Historis 

Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah, iaitu 
menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Misalnya Linguistik 
Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman 
sebelum merdeka hingga ke hari ini. Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan 
bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan seumpamanya. 
 
6. Linguistik Sinkronik 

Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut masa. Ini 
bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik 
sejarah, dan menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam bahasa pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun 
daripada satu bahasa lain. 
 
7. Linguistik Diakronik 

Linguistik ini tidak menekankan aspek masa. Linguistik ini merupakan satu pendekatan 
terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan. Ini bererti bahawa kajian 
diakronik berasaskan dua atau lebih kajian sinkronik. 


No comments:

Post a Comment