Thursday, April 7, 2016

Perbezaan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

Konsep Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

(i)   Pendekatan
            Pendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses P&P untuk mencapai hasil pembelajaran dalam masa jangka panjang.  Dalam pendekatan, kita akan memilih satu atau lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya proses pembelajaran berlangsung dan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku.  Ini bermakna, untuk mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakan.

(ii)   Strategi
            Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan.  Rancangan tindakan ini mengandungi kaedah dan teknik mengajar.  Dengan adanya perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masa disusun dengan baik, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diuruskan dengan rapi.   Strategi P&P mestilah berasaskan tiga unsur utama iaitu guru, murid dan bahan P&P.  Oleh sebab itulah strategi dalam pendidikan dirujuk sebagai P&P berpusatkan murid, P&P berpusatkan guru dan P&P berpusatkan bahan.

(iii)   Kaedah
            Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.  Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.

Mangantar Simanjuntak 1982: 72
          Kaedah berbentuk prosedur  yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti  dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu
Brown 1980:240
          “Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at time that the terms  approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical  view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.”
Currie 1973
          “Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task is  a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which, this philosophy is realised in actual class lessons.”

(iv)   Teknik

            Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.  Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid.  Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.

No comments:

Post a Comment