REFLEKSI
PROJEK BESAR (PROGRAM?)
Pada 14 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014,
telah berlansungnya program?. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah
murid-murid tahap satu SK ?. Sepanjang program ini berlansung, banyak kekutan,
kelemahan dan cadangan penambah baikan yang telah dikenal pasti.
Saya
dapat lihat bahawa kekuatan projek ini adalah dapat meningkatkan perbendaharaan
kata murid secara umumnya. Hal ini kerana, murid-murid tahap satu biasanya masih
kurang lagi bilangan perbendaharaan kata Bahasa Melayu mereka. Lebih-lebih lagi
murid-murid berbangsa selain Melayu. dengan adanya kuiz seni budaya, mereka
dapat mengetahui perkataan-perkataan baharu seperti Kantonis, belacan, santan
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat semasa mereka menjawab soalan-soalan
tersebut. Ada diantara mereka yang bertanya kepada saya tentang maksud sesuatu
perkataan itu.
Seterusnya,
bagi aktiviti lain seperti pantun juga dapat meningkatkan keyakinan diri
murid-murid di hadapan khalayak. Mula-mula murid-murid tahun dua da tiga
disaring di dalam kelas masing-masing. Kemudian, ke peringkat separuh akhir
iaitu untuk memilih mereka yang benar-benar layak masuk ke peringkat akhir. Di
sini mereka perlu berani tampil di hadapan khalayak. Pada peringkat akhir pula,
mereka diasahkan kemahiran mengingat rangkap-rangkap pantun. Markah akan
ditolak sekiranya mereka tidak mengingatinya dengan tepat. Oleh yang demikian,
saya lihat bahawa projek ini benar-benar memberi impak yang positif kepada para
murid ?, khususnya murid-murid tahap satu.
Kelemahan
yang dikenal pasti sepanjang program ini berlangsung adalah mengenai atur cara
program yang tidak difahami oleh guru-guru. Sebelum ini, saya dan Kamariah
telah membuat satu perjumpaan mesyuarat pada minggu sebelum program. Namun,
semasa mesyuarat tersebut, atur cara program kami dibidas kerana tidak sesuai
dengan syarat yang dinamakan pertandingan. Sehubungan dengan itu, saya terpaksa
membuat suatu atur cara yang baharu dan mungkin atur cara yang baharu itu tidak
disebarluaskan kepada guru-guru. Saya telah menyebarluaskan info-info bagi
program tersebut di setiap kelas dan telah menampal info-info tersebut di papan
kenyataan setiap kelas dan di bilik guru. Mungkin kami tidak menyebarluas
kepada semua guru. Ada guru yang masih tidak faham tentang atur cara yang
dijalankan. Hal ini mungkin disebabkan terlalu banyak aktiviti pertandingan dan
terlalu banyak tugasan yang perlu mereka siapkan.
Untuk
mengatasi kekurangan di atas, saya sepatutnya perlulah membuat suatu lagi
mesyuarat untuk menyatakan tugasan yang baharu diubah kepada semua guru. Cara
kami menerangkan kepada seorang demi seorang guru tidak berkesan. Hal ini
kerana, mereka masih tidak nampak perkara yang perlu mereka lakukan. Namun,
saya tidak berasa terkilan kerana program ini masih berjalan dengan lancar
kerana semua pihak masih ingin membantu dan memberikan kerjasama walaupun
terpinga-pinga serta tidak berapa faham tentang tugasan yang perlu dibuat.
Akhir
sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya
melaksanakan projek besar ini. Hanya tinggal satu sahaja projek iaitu projek
kecil yang perlu dijalankan. Saya juga bersyukur kerana warga ? sudi memberikan
kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Sekian.
No comments:
Post a Comment