Showing posts with label Kurikulum tersirat. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum tersirat. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Implikasi kurikulum tersirat terhadap masyarakat

·         Kementerian berusaha membentuk bangsa yg bersattu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
·         Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dgn melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum.
·         Menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yg dijalankan melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Scr langsung, proses pembentukan nilai dapat diterapkan kpd murid2.
·         Pelaksanaan aktiviti bahasa dirancang dgn teliti. Murid akan mengambil bahagian dlm setiap aktiviti yg dilaksanakan dan mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain.

·         Memberi pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantina. Aktiviti yg dijalani murid haruslah diberikan kesedaran dan ingatan terhadap batasan pergaulan dalam jantina yg berlainan.

Sunday, June 23, 2013

Ciri-ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan masa kini

·         Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar.
·          Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi basilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.
·         Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar - guru/pengajar). Dipelajari oleh pelajar tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar.
·         Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-guru/pengajar).
·         Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sama ada pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum itu tetapi Tanya tidak tertulis dalam kandunvn kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian.

·         Jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.

Friday, June 21, 2013

Perkaitan kurikulum tersirat dengan perpaduan antara kaum

·         Kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum melalui aktiviti kokurikulum - badan beruniform, persatuan, kelab serta permainan.
wujud peluang untuk pelajar-pelajar yang datang dari persatuan serta kaum yang berlainan untuk berinteraksi antara satu sama lain.
·         Pertandingan permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum
murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
·         aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan interaksi antara murid yang berlainan kaum.
dapat berinteraksi dan berkongsi idea antara satu sama lain. hubungan antara murid yang berlainan kaum akan dapat dieratkan dan semangat kesepaduan dapat dipupukkan.
·         Murid - menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain melalui aktiviti yang pelajar ambil bahagian.
dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.

·         kementerian membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
menerapkan pelbagai unsur budaya yang terdiri daripadi pelbagai kaum. Contohnya perayaan, adat resam,makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.