Wednesday, May 29, 2013

Kepentingan perancangan organisasi

1. Menyediakan hala  tuju / menentukan matlamat / fokus sesebuah organisasi.

·       Organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk menentukan matlamat. 
·       Membantu pengurus menentukan matlamat, kumpulan kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat. 
·       Pengurus juga dapat mengagih dan mengguna sumber dengan lebih efektif dan efisien. 
·       Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan serta bagaimana ia mempengaruhi organisasi. 
·       Contoh: Perancangan 5 tahun – menyatakan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi.

2. Ukuran prestasi /pencapaian

·       Dalam rancangan ada matlamat/objektif yang ingin dicapai. Objektif/matlamat ini akan menjadi garis penamat. 
·       Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi.

3. Tindakan pembaikan

·       Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol.
·       Kekurangan akan ditambah baik.

4. Panduan membuat keputusan

·       Dalam rancangan ada garis panduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya dan garis panduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan pengagihan sumber sesebuah organisasi.

5. Sebagai alat kawalan 

·       Supaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan 
·       Dengan perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan. 
·       Pengurus dapat memastikan pencapaian organisasi selaras dengan perancangan. 

·       Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment