Friday, May 3, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 (PANTUN)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cemerlang
Tarikh                                                :  11 April 2012
Masa                                                  :  1 jam (11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan (Pantun Teka-teki)
Tajuk                                                 :  Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
Fokus Utama         :           5.2          Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3                     :           (i)            Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan :           6.1        Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Aras 1                     :          (i)             Merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.



Objektif :  Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
(i)            membaca teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan) dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
(ii)          menyatakan makna perkataan yang digaris dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).
(iii)         membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).

Sistem Bahasa       
Tatabahasa               - Kata adjektif
Kosa Kata                - Kolek, menoreh, belanga, meranduk


Pengisian Kurikulum       
Ilmu                            - Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai Murni                - Kesyukuran, patriotisme, rasional


Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir                         - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai           - Muzik
Belajar Cara Belajar                                    - Membaca mekanis
Bahan Bantu Mengajar                 - Kayu pancing, buah-buahan di bakul, teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan), slaid, audio lagu, dan lembaran kerja.
Masa
 
 


Isi pelajaran
 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 
Catatan
 

Set Induksi
(5 minit)





Contoh soalan:
·         Apakah benda ini?
·         Nama buah ini apa?
·         Ini buah tempatan atau buah import?

Tajuk :
Buah-buahan tempatan.

  1. Guru meminta murid memejamkan mata.
  2. Guru memancing murid menggunakan kayu pancing yang disediakan.
  3. Murid yang dipancing akan membaca arahan yang terdapat pada kayu pancing.
  4. Murid yang dipancing akan mencari tempat kotak buah-buahan disembunyikan.
  5. Murid tersebut akan mengeluarkan buah-buahan itu satu persatu.
  6. Soal jawab antara guru dan murid tentang buah-buahan yang terdapat dalam bakul.


  1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

Teknik :
·   Soal jawab

Nilai :
·   Kerjasama

BBM :
·   Kayu pancing, buah-buahan dalam bakul


Langkah 1
(10 minit)

Teks pantun
Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”. (Lihat lampiran 1)

Contoh perkataan yang sukar disebut :
·         Belanga
·         Rezeki
·         Bonda
·         Menoreh
·         Molek
·         Kolek

Slaid
Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.



1.    Wakil murid dikehendaki mengambil teks pantun daripada guru.
  1. Murid diminta membaca secara senyap.
  2. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang sukar disebut.
  3. Guru memaparkan slaid pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).
  4. Guru membuat demonstrasi cara membaca pantun dan murid dikehendaki meneliti intonasi, sebutan dan gaya guru semasa berpantun.
  5. Murid yang disebut namanya diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang betul.

Teknik :
Tunjuk cara, perbincangan

Nilai :
·   Kerjasama
·   Tekun

BBM :
·   Slaid dan teks pantun teka-teki.


Langkah 2
(25 minit)

Teks pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.
Contoh perkataan yang tidak difahami:
·         Belanga
(periuk tanah)
·         Meranduk
(mengharungi)
·         Paras
(rupa muka)
·         Kolek
(sampan kecil)
·         Molek
(cantik, bagus, elok)
Perkataan untuk dicari makna :
1.    Belanga

2.    Meranduk
3.    Paras
4.    Kolek
5.    Molek

Jawapan pantun
 teka teki :

Rangkap 1 : rambutan
Rangkap 2 : durian
Rangkap 3 : nenas
Rangkap 4 : manggis
Rangkap 5 : kelapa
Rangkap 6 : betik


  1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.
  2. Murid diminta menggaris perkataan yang disebut oleh guru, pada teks pantun.
  3. Murid mencari makna perkataan yang digaris dengan menggunakan kamus dewan. (Rujuk lembaran kerja 1)


  1. Perbincangan antara guru dan murid tentang makna perkataan yang digaris.
  2. Wakil kumpulan dikehendaki ke hadapan kelas untuk meneka jawapan kepada teka-teki dan menekan jawapan pada komputer riba.

Teknik :
·   soal jawab
·   perbincangan
·   sumbangsaran

Nilai :
·   Kerjasama
·   Tekun

BBM :
·      Lembaran kerja, teks pantun, slaid



Langkah 3
(10 minit)

Pengajaran :
Kata adjektif.
Contoh-contoh kata adjektif dalam pantun :
·         manis
·         merah
·         tajam
·         bersih
·         hitam
·         putih
·         cantik
·         molek

  1. Guru menerangkan secara ringkas tentang kata adjektif.
  2. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki.
  3. Wakil murid diminta menulis perkataan yang dibulat itu, di papan putih.
  4. Perbincangan antara guru dan murid tentang kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.


Teknik :
·   Tunjuk cara
·   Soal jawab

Nilai :
·   Kerjasama
·   Tekun

BBM :
·   Teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.

Langkah 4
(5 minit)

Kotak beracun tentang  bacaan pantun, makna perkataan dan kata adjektif.

Contoh soalan kotak beracun :
1.    Baca rangkap pantun di bawah:
Cantik parasnya si Puteri Molek,
Pergi ke kolam duduk berendam,
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.
2.    Berikan maksud perkataan bergaris:  



Cantik parasnya si puteri molek,
Pergi ke kolam duduk berendam,
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.

3.    Sebutkan kata adjektif yang terdapat pada rangkap pantun di bawah :
Cantik parasnya si puteri molek,
Pergi ke kolam duduk berendam,
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.


  1. Murid diberi kotak beracun.
  2. Guru memasang lagu dan meminta murid memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah.
  3. Murid menjawab soalan yang dicabut dari kotak beracun tersebut.

Teknik :
·   Soal jawab

Nilai :
·   Kerjasama
·   Tekun

BBM :
·   Teks pantun teka-teki, kotak beracun

Penutup
(5 minit)

Nyanyian lagu:
Nyanyian menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.
Isi pelajaran :
1.    Cara membaca pantun dengan betul.
2.    Makna perkataan yang digaris.
4.    Kata adjektif.

Nilai murni :
·         Kesyukuran
·         Patriotisme
·         Rasional


  1. Murid bersama-sama guru menyanyi menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.

  1. Guru menyimpulkan isi pelajaran dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan.
  2. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan. (Lihat lembaran kerja 2)


Teknik :
·   Nyanyian
·   Soal jawab



Nilai :
·   Kesyukuran
·   Patriotisme
·   Rasional

BBM :
Audio lagu, lembaran kerja

No comments:

Post a Comment