Friday, May 31, 2013

Fungsi permainan tradisional

·       Memupuk semangat perpaduan, rasa muhibbah dan mesra dalam kelompok masyarakat.
·       Mengisi masa lapang dgn aktiviti2 yg berfaedah & menjauhkan diri drpd melakukan perkara2 yg sia-sia.
·       Jika dimainkan secara berkumpulan, secara tidak lansung, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk.
·       Dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
·       Permainan tradisional mempunyai nilai tradisi kerana di dalamnya terkandung pelbagai jenis budaya masyarakat yg memilikinya.
·       Merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu dan berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik.
·       Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah.
·       Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.
·       Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi.
·       Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya.

·       Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal. 

1 comment: