Saturday, June 1, 2013

Contoh gangguan-gangguan dalam sukan


i.                  Gangguan seksual
·       Gangguan seksual ialah:-
§  Provokasi secara seksual
§  Permintaan melakukan perbuatan seksual
§  Perbuatan yang meransang seksual (lucah samada secara lisan atau bertulis)

ii.               Kelakuan ganas/ kasar
·       Kelakuan kasar ialah:-
§  Kekasaran secara fizikal (menyerang)
§  Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuasan hati)
§  Pengabaian (kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi seorang manusia)
§  Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)

iii.            Gangguan sivil
·       Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain.
·       Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.
·       Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati.
·       Sepanjang sejarah, jika dikatikan dgn bidang sukan, rusuhan berlaku kerana kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.

iv.             Diskriminasi
·       Merupakan perlakuan utk membeza-bezakan sesuatu seperti warna kulit, kebudayaan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
·       Jika dikaitkan dengan isu sukan, suatu masa dahulu, pasukan bola sepak wanita Iran tidak layak menyertai Sukan Olimpik London 2012 kerana tampil dengan pakaian sukan hijab. FIFA mengharamkan pemakaian tudung kerana mendakwa pakaian tersebut boleh menyebakan kecedaraan seperti tercekik dan sebagainya. Hal ini menunjukkan diskriminasi pasukan FIFA dengan pasukan bola sepak wanita Iran.

v.                Gangguan emosi
·       Tekanan perasaan /Gangguan psikologi /Pengurusan EQ

vi.             Gangguan faktor semula jadi
·       Faktor cuaca /Fizikal pihak lawan /Bunyi, cahaya,warna /Keadaan padang dan tapak permainan

vii.          Gangguan sesama manusia.

·       Pihak lawan, pengadil,/Gangguan seksual /Sorakan peminat

No comments:

Post a Comment