Monday, June 17, 2013

Perancangan dan pengurusan sesi bercerita

sebelum cerita
Guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan topik pelajaran. Contohnya sekiranya guru hendak mengajar topik haiwan. Maka guru boleh memilih buku yang bertajuk haiwan teladan kepada murid-murid.
Sebelum bercerita, guru perlu menguasai bahagian-bahagian penting cerita secara berulang-ulang, terutamya pada bahagian isi cerita tersebut, tetapi tidak bermakna aspek permulaan dan pengakiran tidak diberi perhatian.
Penguasaan bahagian-bahagian penting bagi membolehkan guru mengetahui apa hendak diceritakan dan disampaikan kepada murid. Selain itu juga guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan cerita yang disampaikan. Contohnya menggunakan buku besar yang berwarna warni supaya murid akan berasa seronok dan berminat untuk mendengar cerita guru. Di samping itu juga, pemilihan tempat duduk dan suasana tenpat duduk merupakan aspek yang penting dalam sesia bercerita. Guru boleh menyuruh murid  duudk dalam bentuk ladang dan guru berada di tengah-tengah. Jadi semua murid boleh memihat guru dan dapat mendengar dengan jelas terhadap apa cerita yang hendak disampaikan oleh guru itu.

-semasa bercerita
Semasa bercerita guru perlulah menggunakan set induksi yang menarik. contohnya guru bermain teka teki dahulu kepada murid bagi menguji tahap pemikiran murid terhadap cerita yang igin guru sampaikan. Contohnya guru berteka teki dengan murid tentang haiwan yang paling cerdik. Jadi murdi dapat meneka tentang cerita yang ingin dismapaikan oleh guru mestilah tentang haiwan sang kancil. Seterusnya guru perlu menggunakan nada dan gaya yang sesuai dengan cerita agar suasan dan peristiwa  dapat dirasakan. Sekiranya cerita yang ingin dismapaikan mengandungi pelnagai watak yang memerlukan mereka berdialog. Maka guru bolh emnggunakan intonasi suara yang berlaina. Contohnya watak harimau, guru boleh menggunakan suara yang garang dan besar, manakala watak kancil guru boleh menggunakan suara yang biasa dan sesuai dengan watak cerita ersebut. Semasa bercerita juga, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang hendak disampaikan. Contohnya semnagat tolong menolong, semanagta kerjasama, baik hati dan sebagainya. Nilai-nilai itu perlulah bersesuaian dengan cerita yang disampaikan. Contohnya dalam cerita sang kancil sang buaya, sering dikaitkan dengan nilai murni seperti semanagt tolong menolong dan juga tidak boleh sombong terhadap orang lain. Jadi selain dapat mendengar cerita yang ingin dismapikan oleh guru, murid juga boleh mendapat ilmu dari segi nilai-nilai murni

-selepas bercerita
Selepas bercerita guru boleh menguji kefahaman murid sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. Jika secara lisan, guru boleh menyoal murid secara terus tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita dan guru juga boleh meminta murid menyatakan pengajaran dari cerita tersebut. Selain itu jug, murid juga digalakkan untuk menceritakan kembali cerita yang didengar supaya dapat melihat sejauh mana kefahaman murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru tersebut. Selain daripada itu, guru juga boleh memilih watak-watak tertentu untuk dlakonkan kembali oleh murid-murid supaya murid akan lebih faham tentang cerita tersebut dan juga murid akan berasa seronok kerana dapat membuat aski kalonan di hadapan guru dan murid laian. Selepas itu, guru boleh megadakan aktiviti perbincangan secara bersama-sama tentang tajuk yang diajar hari itu. Dan guru boleh merumuskan tentang pengajaran yang telah diajar dan guru juga bolhe membuat refleksi terhadap penagajran yang telah disampaikan pada hari itu.

pengukuhan cerita


Bagi mengukuhkan lagi cerita yang telah disampaikan guru boleh mencipta watak berdasarkan pelbagai bahan yang sesuai. Contohnya boneka atapun topeng. Ini akan mearik minat murid terhadap aktiviti yang dilakukan oleh guru itu. Selain itu juga guru boleh meinta murid menulis kembali dalam bentuk karangan cerita yang didengar supaya dapat menguji kefahaman murid terhadap cerita yang telah dismapaikan. Selain itu juga guru juga boleh meminta murid membuat persembahan secara berkumpulan dalam aktviti kokurikulum dan juga mengadakan pertandingan bercerita mengikut kelas. Aktiviti sebegini akan menarik lagi minat murid terhadap aktivti bercerita dan seterusnya dapat menambahkan ilmu penetahuan murid.

No comments:

Post a Comment