Saturday, June 8, 2013

Langkah-langkah pelaksanaan main peranan dalam kaedah improvisasi

·       Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar
·       Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya.
·       Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
·       Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti :
- nama penuh watak
- umur
- latar belakang keluarga
- pekerjaan
- sikap dan tingkah laku
- hobi atau minat
- keadaan kesihatan dan
- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang dilakonkan

·       Untuk itu juga mereka digalakkan untuk;
- menulis diskripsi watak
- melukis potret
- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya
- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

No comments:

Post a Comment