Monday, June 10, 2013

Cara penyampaian cerita tanpa menggunakan boneka

-      Cerita disampaikan tanpa menggunakan boneka, namun boleh menggunakan alat bantu mengajar yang lain untuk membantu murid memahami cerita tersebut.
-      Pencerita akan menggunakan ekspresi wajah, mimik muka, lenggok badan dan intonasi suara yang pelbagai untuk menarik perhatian, cerita mudah difahami dan menyentuh perasaan. 
-      Elakkan cerita yang terlampau susah untuk difahami bahasa yang digunakan mudah dan berulang-ulang.
-      Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah dan gembira.
-      Hubungan mata antara pencerita dengan pendengar juga perlu diwujudkan bagi mengekalkan perhatian kanak-kanak serta kawalan kelas.
-      Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita.
-      Pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak.
-      Halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan dengan cara melibatkan kanak-kanak dalam penceritaan.


No comments:

Post a Comment