Tuesday, May 7, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 (SYAIR)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran                                :  Bahasa Melayu
Tahun                                                :  5 Cemerlang
Tarikh                                                :  12 April 2013
Masa                                                  :  1 jam 30 minit (9.50 – 11.20 pagi)
Bilangan Murid                               :  37 orang
Tema                                                             :  Kesusasteraan
Tajuk                                                 :  Sayangi Ibu dan Bapa
Fokus Utama         :           5.2        Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan atau intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
 Aras 1                                 (ii)          Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.
Fokus Sampingan  :        8.3         Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
Aras 2                                  (i)           Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan betul.
Objektif :  Pada akhir pengajaran, murid dapat :
                              i.        menerangkan kandungan teks syair “Ketaatan Kepada Ibu Bapa” yang telah dibaca.
                            ii.        membina ayat menggunakan kata nama majmuk yang terdapat dalam teks syair “Ketaatan Kepada Ibu Bapa”.
                           iii.        menulis ayat berdasarkan nilai dalam teks syair, dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan betul pada poster.
Sistem Bahasa                               
Tatabahasa                           : Kata majmuk
Kosa kata                              : neraka, makbul, bestari, belia, aniaya, amanat, terlaknat

Pengisian Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum                      
Ilmu                            : Kajian tempatan
Nilai Murni                : Kasih sayang, baik hati

Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir                         - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai           - Muzik
Belajar Cara Belajar                                    - Membaca mekanis

Bahan bantu mengajar       : Teks syair “ketaatan terhadap ibu bapa”, lagu “Ayah dan ibu”, contoh poster tentang ibu bapa, lembaran kerja.
Masa
 
 


Isi pelajaran
 
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 


Catatan
 

Set Induksi
(5 minit)






Video menghina ibu bapa
Contoh soalan :
·         Apa yang kamu faham tentang video sebentar tadi?
·         Adakah ini contoh anak yang berbudi pekerti mulia?
·         Bagaimanakah cara untuk menjadi anak yang berbudi pekerti mulia terhadap ibu bapa?

  1. Guru meminta murid menonton video.
  2. Soal jawab tentang video.
  3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

Teknik :
sumbang saran, soal jawab

BBM :
Video

Nilai murni :
Hormat-menghormati

Langkah 1
(15 minit)

Teks syair bertajuk Ketaatan Terhadap ibu Bapa (Rujuk lampiran 1)

Contoh perkataan yang sukar disebut :
·         Anakanda
·         Makbul
·         Aniaya
·         Khianat







Contoh perkataan yang tidak difahami :
·         Neraka
·         Makbul
·         Bestari
·         Belia
·         Aniaya
·         Amanat
·         Terlaknat


Lagu “ayah dan ibu”.

  1. Guru mengedarkan teks syair.
  2. Murid membaca teks syair secara senyap.
  3. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang sukar disebut.
  4. Guru membuat demonstrasi bacaan syair “Ketaatan terhadap Ibu Bapa“ yang betul.


  1. Murid yang dipangggil namanya membaca kuat teks yang diberi dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  2. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang tidak difahami maksudnya.
  3. Murid yang dipanggil namanya menjawab soalan guru tentang isi kandungan teks setiap rangkap.
  4. Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu “Ayah dan Ibu”.

Teknik :
Tunjuk cara, soal jawab, nyanyian
BBM :
Teks syair, audio bacaan syair

Nilai Murni :
Berdisiplin, hormat-menghormati

Langkah 2
(10 minit)


Kata nama majmuk.



Konsep kata nama majmuk:
Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.

Contoh kata nama majmuk dalam teks :
  • Cahaya mata bermaksud anak.
  • Taat setia yang bermaksud patuh.
  • Muda belia bermaksud muda sekali.

Contoh ayat-ayat menggunakan kata nama majmuk :
·         Ahmad taat setia kepada ibu dan bapanya.
·         Pasangan pengantin itu masih muda belia lagi.
·         Encik Amran dan Puan Suliza memperoleh cahaya mata yang comel.

  1. Murid diminta memerhatikan perkataan yang digariskan dalam teks syair.
  2. Guru mengaitkan perkataan-perkataan tersebut kepada konsep kata nama majmuk.
  3. Guru menerangkan secara ringkas konsep kata nama majmuk.
  4. Murid diminta membina ayat menggunakan kata nama majmuk tersebut. (lihat lembaran kerja 1).

Kaedah : induktif

Teknik : Sumbang saran, soal jawab

BBM : slaid, lembaran kerja, teks syair “Ketaatan Terhadap Ibu Bapa”.
.
Nilai : gigih


Langkah 3
(30 minit)

Poster tentang ibu bapa

Contoh-contoh ayat yang berunsur nilai dan pengajaran (diambil daripada teks syair):
  • Kita mestilah taat kepada ibu dan bapa.
  • Jangan sesekali kita menderhaka.
  • Kita mestilah memuliakan ibu dan bapa.
  • Janganlah kita menghina ibu dan bapa.
  • Jangan sesekali kita menyakiti perasaan ibu dan bapa.
  • Kita mestilah menghormati ibu dan bapa.
  • Janganlah kita menganiaya ibu dan bapa.
  • Jangan mengkhianati ibu dan bapa.
  • Kita hendaklah teruskan khidmat kepada ibu dan bapa.


  1. Wakil setiap kumpulan hendaklah menyatakan ayat yang berunsur nilai dan pengajaran, yang boleh ditulis pada poster
  2. Murid menulis ayat yang dinyatakan itu di papan putih.
  3. Perbincangan antara guru dan murid tentang ayat-ayat yang ditulis.
  4. Wakil murid diberikan bahan-bahan untuk membuat poster.
  5. Guru menunjukkan contoh poster yang telah siap.
  6. Guru meminta murid membuat poster tentang ibu bapa, mengikut kreativiti masing-masing, secara individu.
  7. Murid yang disebut namanya hendaklah membentangkan hasil poster yang telah disiapkan.

Teknik : perbincangan, sumbang saran, tunjuk cara,
BBM :
Poster tentang ibu bapa

Nilai : hormat- menghormati,  kasih sayang

Langkah 4

(25 minit)

Aktiviti lakonan.

Murid diminta berlakon berdasarkan situasi seperti berikut :
1.    Anak menengking ibu dan bapanya di dapur.
2.    Anak yang sudah  berjaya dalam hidup, tetapi tidak menghormati ibu dan ayahnya.
3.    Anak yang menghantar ibu dan ayahnya di rumah orang tua-tua.
4.    Anak yang menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua.
5.    Anak yang melukakan hati dan perasaan ibu dan ayahnya.
6.    Anak yang lupa daratan apabila sudah hidup mewah dan berjaya.

Nyanyian lagu ayah dan ibu.

1.    Guru meminta wakil murid untuk mengambil kad aktiviti lakonan.
2.    Secara berkumpulan, murid berbincang tentang aktiviti lakonan yang akan dipersembahkan.
3.    Murid mempersembahkan lakonan.
4.    Guru bersama-sama murid menyanyi lagu “ayah dan ibu”.


Penutup
(5 minit)

Nilai murni.
Contoh nilai murni: Kasih sayang, baik hati, kesyukuran

  1. Guru menyimpulkan isi pelajaran dan nilai murni yang perlu diamalkan.

Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.

No comments:

Post a Comment