- Antara kepentingan kritikan feminisme dalam kajian sastera ialah kritikan ini menyedarkan kita tentang perkaitan antara aspek seksual dengan karya yang telah dianalisis.
- Selain itu, kritikan ini juga mendedahkan mekanisme bela diri yang digunakan oleh kaum lelaki dengan menggambarkan watak wanita yang stereotaip dan seolah-olah tiada kompleksiti jiwa.
- Wanita yang dianggap lemah oleh penulis karya akan dibela menggunakan kritikan-kritikan Showalter atau Cheri Register.
- Di samping itu, kritikan ini juga mengkaji semula dan menyorot usaha pengritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan tentang wanita dan mengesan pengarang wanita yang tidak dimasukkan dalam sejarah.
- Kebiasaannya dalam karya, penulis akan tersalah anggap mengenai diri kaum wanita.
- Oleh yang demikian, menerusi kritikan feminisme inilah kita boleh menyedarkan pengarang bahawa wanita tidak seperti apa yang mereka sangka.
- Kritikan sastera turut menganalisis wanita yang dieksploitasi dan dimanipulasi, dianggap lemah dan penuh daya berahi.
- Seterusnya, kritkkan feminisme akan mendorong penulis wanita menghasilkan karya-karya baharu, yakin diri, dan membawa semangat baharu dalam karya.
- Oleh yang demikian, adalah berkesan sesuatu kritikan itu menggunakan kritikan feminisme jikalau ingin memartabatkan atau membela nasib kaum wanita.
- Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pelbagai hak masing-masing dan wanita juga mempunyai hak untuk dibela apabila terancam menerusi teks-teks karya yang dihasilkan pengarang.
Showing posts with label Kritikan Sastera. Show all posts
Showing posts with label Kritikan Sastera. Show all posts
Thursday, October 18, 2012
Kepentingan Kritikan Feminisme Dalam Kajian Sastera
Wednesday, October 17, 2012
Prinsip Kritikan Feminisme
- Teori kritikan feminisme menggunakan istilah koda.
- Koda adalah beberapa konsep tentang sesuatu yang telah dipersetuju akan keciriannya.
- Terdapat empat kod-kod yang diterima sebagai prinsip kritikan teori feminisme.
- Antara kod yang yang diterima sebagai prinsip kritikan teori feminisme yang pertama adalah biologi.
- Menerusi pandangan Elaine Showalter, pengkritik-pengkritik feminis mestilah memikirkan perbezaan biologi dan hubungannya dengan penulisan tentang watak wanita.
- Hal ini bermaksud, apabila membincangkan mengenai biologi, jangan hanya tertumpu kepada tubuh wanita semata-mata tetapi haruslah berfikir lebih jauh daripada itu.
- Sebagai contoh, kita boleh memikirkan mengenai fungsi biologi wanita itu sendiri serta tugas mereka sebagai ibu, isteri, kakak, nenek dan sebagainya.
- Pengkritik feminis yang menulis dalam perspektif biologi menekankan pentingnya tubuh badan mereka sebagai sumber inspirasi dalam tulisan mereka.
- Koda atau aspek yang kedua iaitu aspek pengalaman.
- Aspek ini mempunyai perkaitan dengan aspek biologi.
- Ini bermaksud perkembangan tubuh badan wanita yang merupakan satu pengalaman sejak mereka dilahirkan sehingga mereka sudah tua.
- Misalnya, pengalaman melahirkan anak.
- Pengalaman yang dialami oleh kaum wanita amat jauh bezanya dengan kaum lelaki.
- Kaum perempuan pula, sejak kecil telah diasuh untuk menjelmakan sifat keperempuanan mereka. sebagai contoh, menolong ibu membuat kerja-kerja rumah.
- Bagi golongan feminis radikal, aspek pengalaman ini perlulah dihuraikan dengan sejelas-jelasnya.
- Oleh yang demikian, penjelasan ini diperlukan untuk membetulkan fakta sebenar yang digambarkan oleh penulis lelaki.
- Sejak dari kecil lagi, setiap individu telah dibahagikan kerja mengikut jantina dan membesar dengan pengalaman yang berlainan.
- Selain itu, lelaki pula membantu ayahnya membasuh kereta atau sebagainya.
- Koda atau aspek yang ketiga iaitu aspek psikologi.
- Pengetahuan mengenai ilmu psikologi amat penting kerana pengetahuan ini menjadi alat dasar kajian untuk menghayati watak-watak dalam genre sastera.
- Wilbur Scott (1962) berpadangan bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan dalam karya sastera untuk menerangkan aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar diramal.
- Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu psikologi pengarang dan psikologi watak-watak.
- Golongan feminis amat menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi watak-watak dalam sesebuah karya penulisan.
- Antaranya adalah pemikiran watak, imaginasi, keinginan watak, cita rasa, tekanan perasannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir daripada hati dan kata-kata watak.
- Seterusnya, koda atau aspek yang ketiga adalah aspek sosial.
- Terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila diceritakan dalam karya penulisan.
- Antara aspek sosial wanita yang dikenal pasti boleh dimasukkan ke dalam karya ialah proses sosialisasi (soal didikan, pendidikan, pekerjaan dan pergaulan), tugas sosial (anak gadis, dara, ibu, isteri, nenek) serta kelas sosial wanita (kelas bawahan, menengah dan atasan).
- Ruth Robbins (1995) telah memberikan tiga pandangan iaitu kajian harus membayangkan realiti wanita yang sebenarnya kemudian dinilai dengan ukuran pandangan feminis.
- Selain itu, kajian haruslah menghubungkan hubungan teks dengan masyarakat. (sistem masyarakat, politik, kekuasaan).
- Di samping itu, kajiah perlulah memfokuskan kepada peranan untuk memberontak terhadap segala kezaliman dan usaha kemerdekaan serta kebebasan.
Tuesday, October 16, 2012
Kritikan Feminis Cheri Register
- Cheri Register (1975) juga seperti Showalter yang mengkaji penulis wanita dan imej wanita dalam teks penulisan.
- Beliau membahagikan kritikannya kepada tiga bahagian iaitu kajian terhadap imej wanita dalam karya sastera, terutamanya yang dihasilkan oleh pengarang lelaki, kajian terhadap pengarang wanita dan kritikan preskriptif yang mungkin dikembangkan menjadi satu set ‘peraturan’ menilai karya dari aspek feminis.
- Menurut Mana Sikana (2008) pula kaedah kritikan preskriptif menilai karya dan aspek peranan karya tersebut dalam memenuhi beberapa fungsi karya sebagai satu forum serta membantu dalam membentuk suatu kebudayaan yang bersifat ‘biseksual’ (andraganeous) dan tidak hanya didominasikan oleh maskuliniti (patriaki).
- Sehubungan dengan itu, sesebuah karya penulisan menampilkan watak-watak wanita dan menerusi watak-watak tersebut, pembaca (khasnya wanita) akan dapat melihat diri mereka dalam novel.
- Aspek-aspek psikologi juga harus diberi perhatian, terutama dari hal perkembangan personaliti wanita, interaksi sosial, cara wanita mempersepsikan diri dan sebagainya.
- Oleh yang demikian, menerusi kritikan sastera Cheri Register, para pembaca terutamanya wanita, akan dapat menghayati kisah cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang.
- Pembaca akan meletakkan diri mereka seperti mana dalam cerita dan cerita tersebut akan dapat dijadikan pengajaran oleh pembaca.
- Selain itu, watak-watak yang mempunyai perwatakan yang positif juga akan dijadikan contoh kepada para pembaca, terutamanya kaum wanita.
Monday, October 15, 2012
Sejarah Perkembangan Teori Feminisme
- Sejak abad ke-16 lagi, pergerakan pembebasan wanita telah bermula di Eropah. Pada abad ke-20 pula, pergerakan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan beberapa orang pemimpin wanita yang berwibawa dan amat berpengaruh. Menurut Lauret dan Maria (1994 : 45-48) pada tahap awalnya, pertubuhan-pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada isu-isu politik sahaja. Namun, lama-kelamaan pergerakan ini bercabang ke aspek lain dan dari situ, lahirnya pendekatan sastera feminis.
- Di Amerika, sewaktu pengisytiharkan deklarasi kemerdekaan 1776 menyebut ‘all men are created equal’ telah menimbulkan kemarahan kaum perempuan. Terdapat perjuangan gerakan wanita telah masuk ke dalam dunia sastera dan perjuangan tersebut mengalami tiga gelombang. Pertama, gelombang penyedaran kepada kaum wanita mengenai penindasan zaman berzaman di dalam sastera. Kedua, gelombang kemasukan dunia patriakal, iaitu cuba menguasai daerah yang selama ini dikuasai lelaki. Gelombang ini dikatakan telah mencipta satu bentuk indentiti wanita di mana mereka telah mendapat hak yang sah di samping menikmati kebebasan yang diingini (Siti Hajar Che Man, 2000:4). Menerusi gelombang kedua ini, feminis dapat memperkuat kedudukan dan kehadiran mereka diiktiraf. Oleh yang demikian, lahirlah ramai penulis feminis yang baru dengan teks yang lebih kuat dan ramai pula peneliti serta pengkritik feminisme. Ketiga, gelombang feminisme psikoanalisis yang diterajui oleh Kristeva dan Irigaray, yang menandakan kemasukannya ke dunia pascamoden (Wolfrey dan Julian, 1999 : 57-59).
- Sepanjang sejarah kritikan feminisme, banyak pendekatan yang dilakukan, antaranya ginokritik, ideologikal, sosialis, psikoanalitik, lesbianis dan feminisme ras atau etnik. Namun demikian, kritikan ginokritik yang paling berkuasa dan banyak mengesankan kebangkitan feminisme. Ginokritik meneliti sifat-sifat pembeza dengan penulis lelaki dan tumpuan kritikan kepada aspek biologikal, budaya, pengalaman dan sebagainya. Kritikan ideologikal pula berteras kepada pemikiran bahawa sikap pembaca harus diubah daripada memahami wanita yang selama ini ditindas kepada wanita feminisme.
- Seterusnya, kritikan feminis sosialis pula adalah pengaruhan teori-teori sastera Marxist, yang melihat selama ini kelas wanita telah tertindas zaman berzaman. Kritikan aliran ini sengaja menunjuk-nunjukkan penindasan itu supaya mendapat kesan kezaliman lelaki dan memancing simpati serta empati masyarakat (Eagleton dan Terry, 1998). Berdasarkan pandangan Mana Sikana (2008), kritikan feminis psikoanalitik adalah hasil penentangan terhadap teori Freuddan Lacan, yang menganggap wanita tiada memiliki kekuasaan. Kritikan feminis-psikoanalitik memfokuskan watak wanita bagi membentuk rasa kejiwaan bersama di kalangan wanita untuk merasa, juga simpati dan empati akan kedudukannya sebagai wanita dan kemudiannya menyedarkan mereka untuk merebut kekuasaan yang telah hilang itu.
- Oleh yang demikian, menerusi pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam kritikan feminisme ini menunjukkan sejarah bermulanya sesuatu gerakan untuk membina dan menjulang kaum wanita.
Sunday, October 14, 2012
Kritikan Sastera Showalter
- Elaine Showalter ialah pengkritik feminis yang berwibawa dan disegani. Pandangan-pandangannya banyak diterima, teorinya banyak digunakan dan tulisan-tulisannya sering dirujuk.
- Menerusi kajiannya, Elaine Showalter (1986) membahagikan sejarah perkembangan penulisan dan kritikan yang dihasilkan oleh wanita kepada tiga tahap dan dikaitkan dengan istilah-istilah feminine, feminist dan female.
- Showalter mengatakan pada tahap feminine, pengarang wanita masih dipengaruhi oleh andaian kaum lelaki tentang wanita, dengan matlamat untuk setanding dengan pencapaian intelektual kaum lelaki.
- Ramai pengarang wanita pada tahap ini juga selalu menyembunyikan identiti mereka dengan menggunakan nama pena yang terdiri daripada nama lelaki.
- Selain itu, pengarang wanita juga menggunakan kesusasteraan sebagai media untuk menunjukkan ketidakadilan yang mereka hadapi.
- Seterusnya, tahap ketiga dalam sejarah perkembangan pergerakan feminis iaitu female, ditegaskan oleh Showalter bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada makna biologi sahaja.
- Showalter juga membahagikan kritikan kepada wacana dan perspektif feminisme kepada dua bahagian iaitu kritikan feminis dan ginokritikan.
- Kritikan feminis menumpukan perhatian kepada wanita sebagai pembaca atau pengguna.
- Menurut Mana Sikana (2008), kritikan feminis juga mengkaji bagaimana citra wanita dalam kesusasteraan kerap kali menonjolkan yang stereotaip tentang wanita dan sedikit pun tidak mencerminkan kerumitan dan kompleksiti jiwa wanita tetapi lebih mendedahkan projeksi atau mekanisme bela diri kaum lelaki.
- Hal ini menunjukkan, karya yang ditulis oleh seseorang pengarang itu hanyalah menunjukkan kelebihan kaum lelaki di samping menjatuh-jatuhkan kaum wanita.
- Kritikan feminis juga mengkaji semula usaha pengkritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan sastera tentang watak wanita.
- Tambahan lagi, kritikan sastera juga menganalisis wanita yang dieksploit dan dimanipulasi, terutama dalam media popular seperti filem-filem dan televisyen menggunakan unsur-unsur kejantinaan wanita untuk diperalatkan bagi tujuan komersial dan untuk meraih keuntungan besar.
- Kritikan feminis juga mendorong kaum wanita supaya membaca teks-teks yang ditulis oleh pengarang lelaki dan melihat bagaimana selama ini wanita itu dianggap lemah, penuh daya berahi dan hanya digunakan untuk bahan tarikan lelaki. Menurut Elaine Showalter (1979), imej-imej wanita yang selalunya setara, klise serta stereotaip mengakibatkan kaum wanita sering disalahtanggap dan u definisi wanita hanyalah keghairahan.
- Bahagian kedua iaitu ginokritikan yang merupakan satu istilah yang dipinjam daripada pengkritik Perancis, lagynocritique.
- Bahagian ini memberi perhatian kepada wanita sebagai penulis, iaitu ‘wanita sebagai penghasil maksud tekstual’.
- Perhatian diberi kepada sejarah, tema, genre, struktur dan karya yang dihasilkan oleh kaum wanita.
- Pandangan ginokritikan ialah sikap wanita sebagai penulis dan pemberi nilai terhadap teks-teks yang dihasilkan.
- Penulis wanita haruslah memiliki suatu rangka kerja yang bersistematis untuk mengemukakan imej-imej, perwatakan dan perjuangan yang boleh mencabar serta menentang dan merobohkan apa yang dikonsepsikan oleh kaum lelaki selama ini.
- Sehubungan dengan itu, penulis wanita juga mestilah menghasilkan teks-teks yang sama hebat dengan kaum lelaki menerusi strategi tekstualnya sendiri, rangka naratifnya sendiri dan ideologi kekuasaannya sendiri.
- Oleh yang demikian, keduap-dua bahagian menerusi pendekatan kritikan Showalter iaitu kritikan feminis dan ginokritikan ini merupakan usaha-usaha memartabatkan penulis wanita dan melahirkan teks-teks yang feminis dan pengkritik yang bersifat feministik. Showalter ingin membebaskan kaum wanita daripada segala jaringan perhambaan dan mengeluarkannya daripada terbenam menjadi hamba.
Saturday, October 13, 2012
Definisi Teori Feminisme
- Teori feminisme merupakan salah satu perjuangan wanita untuk mendapat tempat yang setaraf dengan kaum lelaki yang didasarkan kepada pengalaman wanita.
- Hal ini kerana, wanita menganggap selama ini mereka telah ditindas, dianiaya dan terpinggir oleh kekuasaan patriakal (Humm, Maggie, 1989 : 112-113).
- Teori ini juga cuba membantah, membongkar dan menentang segala kezaliman patriaki dengan memperjuangkan hak, kedudukan serta martabat dengan memperkasakan ideologi kuasa feminis untuk sebuah dunia yang sejahtera, bahagia dan bermaruah.
- Menurut Weedon dan Chris (1987), sistem penguasaan golongan lelaki yang sering disebut the domination of men and the subordination of women mesti dirobohkan dan segala gerakan kesusasteraan serta kritikan sastera harus berusaha melupuskan sistem tersebut.
- Hal ini untuk memastikan golongan wanita tidak mudah-mudah dikuasai oleh golongan lelaki.
- Wanita melihat bahawa perbezaan biologi memberi peluang kepada lelaki untuk menguasai atau memerintah wanita.
- Oleh itu, lelaki adalah musuh. Soenarjati Djajanegara (2000) menyatakan bahawa kebanyakan feminis seolah-olah hanya memahami bahawa perkataan ‘wanita’ itu sendiri sebagai manusia yang sentiasa ditindas atau dianiaya oleh sistem kuasa lelaki.
- Terdapat dua tujuan utama pergerakan feminis.
- Pertama, pergerakan ini mahu mengubah persepsi kendiri wanita.
- Walau apa sahaja keadaan persekitaran individu wanita, mereka bebas untuk berkembang dan mencapai kewujudan kendiri.
- Kedua, pergerakan ini mahu mengubah syarat institusi dan masyarakat yang membawa kepada persamaan antara jantina.
- Pergerakan ini bertindak semata-mata untuk memastikan kaum wanita mendapat kesempurnaan hidup dan persamaan taraf dengan kaum lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)