Thursday, September 15, 2016

KATA TERBITAN AWALAN BER-, MEN-, DAN PEN-

Maksud imbuhan :
Proses penambahan dalam pembentukan kata.

Ciri kata terbitan :
Perkataan yang ditambah dengan imbuhan.

Maksud imbuhan awalan :
Imbuhan yg ditambah di hadapan kata dasar.

Jenis imbuhan awalan :

1. AWALAN BER-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada tiga bentuk iaitu be-, bel-, dan ber-.
Contoh : berenang, belajar , bersenam

2. AWALAN MEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.
Contoh : membasuh, mencuci, menggubah, mengelap, memanggang

3. AWALAN PEN-
Bercantum dengan kata dasar dan terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
Contoh : pelukis, pemburu, pensyarah, penggubah, penyelam



No comments:

Post a Comment