Friday, December 21, 2012

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN (PERKAITAN DENGAN SUBJEK BM)


Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.
SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Thursday, December 20, 2012

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL J - PEMBELAJARAN TERDORONG


REFLEKSI STAIL J
          Stail pembelajaran yang ke-10 adalah Stail J iaitu Pembelajaran Terdorong. Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang menggunakan stail J sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata saya.
          Berdasarkan penelitian saya, stail ini berpusatkan murid sepenuhnya. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing kepada murid sahaja. selain itu, guru akan memantau proses pembelajaran, manakala murid pula akan menjadi perancang program atau aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, murid sangat memainkan peranan yang penting semasa proses P&P. Gaya pembelajaran yang menggunakan stail ini juga seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru untuk mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran.
          Saya juga mendapati stail ini merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan pada diri sendiri. Sehubungan dengan itu, pengalaman pertama pelajar belajar akan menjadi sumber utama ke arah pembelajaran seterusnya. Di sini menunjukkan, murid perlu memahami secara kendiri apa yang telah dipelajari untuk membolehkan mereka memahami pelajaran yang seterusnya. Pelajar akan bertanggungjawab secara maksimum dalam proses P&P yang dilalui.  
          Setelah meneliti slaid yang dibentangkan oleh rakan sekelas saya, didapati stail J ini mempunyai pelbagai objektif penggunaannya dalam sesi P&P Pendidikan Jasmani. Antara objektif stail ini adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan pilihannya, memulakan pengalaman pengajaran pelbagai,memberi peluang kepada murid berdikari serta untuk meningkatkan peluang kepada murid secara individu dalam proses pembelajaran kognitif dan kemampuan fizikal. 
          Pelaksanaan stail J ini dalam sesi P&P memerlukan tiga proses iaitu pra-impak, impak dan pasca impak. Semasa proses pra-impak, pelajar akan memutuskan untuk memilih bahan subjek umum dan memilih topik khusus daripada bahagian kandungan subjek. Di sini menunjukkan pelajar mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang hendak mereka pelajari. Saya berpendapat pelajar mungkin memberi fokus kepada permainan pengangkutan dan akuitik. Hal ini kerana, permainan ini akan lebih menarik  di mata mereka. Mereka juga sendiri yang akan memutuskan apakah alatan yang diperlukan untuk menangani isu yang terlibat dalam topik. Pelajar juga yang akan membuat keputusan tentang persoalan dan masalah yang direkabentuk untuk topik. Tegasnya, di dalam proses pra-impak ini, pelajar yang akan membuat segala keputusan.
          Seterusnya, proses kedua dalam pelaksanaan stail J ini adalah proses impak. Semasa proses ini, pelajar akan bertindak balas dalam setiap masalah dan ujikaji yang dilakukan, meneliti, memeriksa dan menemui pelbagai pergerakan yang akan menyelesaikan segala permasalahan. Pelajar juga mengatur segala pola pergerakan yang ditemui kepada kategori yang diperlukan oleh reka bentuk pra impak. Kategori-kategori tersebut adalah pergerakan badan, aplikasi pergerakan badan dan pergerakan sendi yang akan menghasilkan daya, pergerakan ikut lajak, kedudukan badan, kaki dan koordinasi mata tangan serta kemahiran menganalisis pergerakan pihak lawan sebagai persediaan membuat hantaran. Semasa eksperiman yang dilakukan dalam proses ini, pelajar mengubahsuai dan merekabentuk masalah, mengatur semula urutan dan susunan, memeriksa kesahihan kategori-kategori yang dipilih dan perlahan-lahan membina satu integrasi program pengenalan yang sesuai dengan persekitaran. 
          Kemudian, proses ketiga dalam pelaksanaan stail J ini adalah pasca impak. Di dalam proses ini, keputusan dibuat setiap kali pelajar mengenal pasti satu tindak balas melalui perlakuan pergerakan itu, periksa kesahihan sebagai penyelesaian kepada masalah itu di dalam satu kategori. Misalnya, apabila mereka melakukan sesuatu pergerakan yang telah dipelajari, mereka akan memeriksa sendiri apa yang mereka lakukan itu adalah betul.
          Tugasan kali sememangnya banyak memberi input yang berguna kepada saya. Setelah membuat pembacaan dan juga penelitian secara terperinci, pengkaji mendapati stail pembelajaran ini sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan boleh diaplikasikan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Pengkaji turut mendapati, murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi amat bersesuaian diajar menggunakan stail pembelajaran ini. Hal ini kerana stail ini meningkatkan tahap kognitif murid dengan lebih berkesan dan murid-murid lebih seronok untuk belajar.
          Manakala dari aspek kelemahan yang dilihat, stail ini mengambil masa yang  lama untuk dikendalikan. Hal ini berikutan daripada kekangan dari segi pengawalan kelas. Setiap murid mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, stail pembelajaran ini tidak sesuai dijalankan ke atas murid yang pasif dan tidak kreatif. Murid-murid ini pastinya tidak suka dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian.
          Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran penggerak kendiri ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan. Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut. Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah disempurnakan oleh saya dan rakan-rakan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI STAIL I - REKA BENTUK PELAJAR



              Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.
              Semasa pembentangan tentang stail l iaitu reka bentuk pelajar, saya mula mamahami dan mengetahui tentang ilmu yang baru. Melalui pemahaman saya, stail I ini lebih menekankan kepada murid dan guru hanya sebagai pemerhati sahaja. Pelajar bebas memilih aktiviti yang akan mereka jalankan. Guru merekabentuk bahan- bahan penting semasa aktiviti murid tersebut. Manakala, pelajar mencari penemuan serta membina soalan- soalan atau permasalahan bagi bahagian penting tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaian. Satu model bagi satu cara yang sistematik dalam menyelidik dan meneliti satu isu dalam membuat komponen- komponen tersebut serta susunan atau urutan yang sesuai bagi komponen ini.
          Antara objektif stail l ataupun reka bentuk pelajar ini ialah memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan interaksi secara dua hala antara murid dan guru. Melalui stail ini, murid bebas untuk memilih aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, proses ini akan mencapai tahap maksimum kerana penglibatan murid pada tahap yang maksimum. Selain itu, objektif lain yang boleh dicapai ialah meningkatkan peluang kepada individu dalam proses pembelajaran berdasarkan bidang kognitif dan kemampuan fizikal dalam sesuatu topik khusus.
          Semasa sesi pembentangan stail l ini juga saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekuatan stail ini. Antara kekuatan stail ini ialah meningkatkan kognitif pelajar dan kemahiran fizikal mereka. Hal ini kerana mereka akan berfikir dan memilih aktivit yang sesuai dengan kemampuan mereka sendiri. Di sini guru telah megasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif. Antara kelemahan yang dapat dilihat pula ialah stail ini memerlukan masa yang panjang. hal ini kerana guru perlu memberi masa kepada murid untuk memilih aktiviti yang mereka rancang. Kelemahan yang kedua ialah kawalan disiplin murid juga akan menjadi lemah. Guru akan mengalami masalah dalam pengawalan kelas. Hal ini kerana guru memberi ruang kepada murid merancang aktiviti mereka sendiri namun ada masanya murid akan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelas akan menjadi bising dan tidak terkawal lebih- lebih lagi jika bilangan murid dalam kelas ramai.
Tambahan pula, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi semasa pengajaran stail l ini, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.
              Saya juga mula merasai kepentingan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.
              Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Tuesday, December 18, 2012

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL H – STAIL HASILAN TERCAPAH



Stail penemuan bercapah dikelolakan oleh rakan sekelas saya iaitu Muhammad Azri dan Muhammad Faris Edhwan.  Stail pengajaran jenis ini melibatkan kemampuan dan kesanggupan pelajar yang mempunyai pelbagai penemuan yang tidak terhad dan membolehkan  pelajar membuat penyelesaian masalah dengan cara tersendiri bergantung kepada pengetahuan  dan kemahiran yang sedia ada. yang menekankan kepada pelbagai idea dan kemahiran murid. Pelajar dianggap sebagai manusia yang menggunakan pemikirannya untuk mencari alternatif – alternatif yang sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan  masalah yang telah dikemukakan. Stail ini  merupakan penemuan mencapah .

     Seperti biasa, seperti mana-mana kumpulan yang lain, Azri dan Faris mnyediakan satu aktiviti pendidikan jasmani.  Bagi memulakan kelasnya mereka melakukan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu kemudian meneruskan dengan aktiviti.  Seperti  mana-mana kumpulan juga, saya perhatikan apabila mereka memberi arahan, arahan yang diberikan kurang jelas dan ‘volume’ suara juga rendah, jadi suara mereka brtindan dengan suara rakan-rakan yang teruja dan bercakap-cakap.  Dari segi aktiviti, bagi saya, aktiviti yang mreka pilih adalah sesuai untuk sasaran murid mereka dan saya sebagai pelajarnya seronok melakukan aktiviti tersebut.

     Antara kekuatan stail pengajaran mereka ialah Menggalak perkembangan minda pelajar. Pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru kerama mereka bebas untuk melontarkan idea kreatif mereka.  Aktiviti pembelajaran juga menjadi   lebih menarik dan mencabar.  Slain itu Pelajar juga  dapat melakukan aktiviti secara bebas mengikut kebolehan masing – masing disamping dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu kearah pemantapan kemahiran dan akhir sekali pelajar dapat membuat penilaian kendiri tentang kemahiran yang mereka pelajari.  Sejujurnya kelas kendalian mereka agak bagus, mungkin cuma kawalan kelas sahaja yang kurang memuaskan.

     Disetiap kekuatan, terdapat juga kelemahan disebaliknya.  Begitu juga dengan stail ini.  Oleh kerana stail ini mmerlukan pelajar untuk memebuat penilaian kendiri jadi agak sukar untuk menentukan kejujuran pelajar kerana mreka smua mahu kleihatan bagus pada pandangan guru.  Selain itu   masa pembelajaran yang panjang bolh mnegudang kebosanan dalam kalangan pelajar.  Usahkan kanak-kanak yang sbenar merasakan begitu, kami orang dewasa yang berlakon sebagai kanak-kanak juga dapat merasainya.  Bagi saya , stail hasilan mencapah ini sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang jumlah pelajarnya kecil kerana lebih senang untuk diuruskan namun stail ini kurang sesuai untuk pelajar yang lemah.  Hal ini kerana Stail H lebih menumpukan kepada perkembangan idea pelajar, (kognitif) pengajaran berpusatkan kepada pelajar serta memberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang diberi jadi kurang sesuai untuk pelajar yang lemah kerana stail ini melibatkan elemen kognitif yang tinggi.

Monday, December 17, 2012

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL F - Stail Penemuan terbimbing


REFLEKSI STAIL F
Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang menggunakan stail F sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata saya. Stail F adalah penemuan terbimbing.
Stail penemuan terbimbing ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklum balas pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul. Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing pelajar untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membantu pelajar ke arah mendapatkan jawapan yang betul.
Objektif stail ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan ke arah proses penumpuan. Stail ini digunakan untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap langkah di mana memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan. Stail ini juga memberi peluang kepada pelajar dalam menemui konsep dan prinsip yang melibatkan pemikiran tertumpu. Ciri-ciri yang terdapat dalam stail ini pula iaitu stail ini berpusatkan guru dan murid, stail ini melibatkan komunikasi dua hala, pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh guru, guru perlu membuat turutan soalan bagi pelajar meneroka, proses P&P berlaku perbincangan dan penerokaan, guru sebagai fasilitator sahaja dan keputusan akan diambil oleh pelajar berbanding dengan guru.
Antara kekuatan menerusi stail ini adalah pelajar dapat mempelajari tindak balas fizikal yang dirancang oleh guru. Hal ini kerana, mereka akan sentiasa dibimbing oleh guru supaya memperoleh konsep atau lakuan yang betul mengenai sesuatu pelajaran. Pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam hubungan antara langkah yang telah dipelajari. Di sini guru sangat memainkan peranan dalam memastikan pelajar mengikuti setiap pelajaran yang sedang diajar. Kekuatan yang seterusnya iaitu pelajar juga dapat membina idea sendiri berdasarkan aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat menerokai sesuatu yang baru dan semangat ingin tahu akan meningkat. Hal ini membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis serta tidak terpesong daripada apa yang dipelajari itu.
Kelemahan yang terdapat dalam stail ini pula, stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang matang sahaja. Hal ini kerana ada diantara proses di dalam stail ini yang memerlukan penilaian dan tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yan lemah berkemungkinan tidak dapat memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan terbimbing ini. Hal ini seterusnya membuatkan pelajar yang lemah terus bodan, tidak mengikuti pelajaran dan terus mengganggu rakan lain yang ingin belajar.
Dengan adanya tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan. Sekian, terima kasih.

Sunday, December 16, 2012

Refleksi pengajaran stail E - Stail Gaya Peningkatan


REFLEKSI STAIL E

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang menggunakan stail E sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata saya. Stail E adalah Gaya Peningkatan (Inclusion Style). Stail ini memperkenalkan pelbagai tahap prestasi pada satu tugas yang sama.
          Stail ini adalah lebih fleksibel dalam variasi tahap kepayahan (difficulty) serta pencapaian kemahiran (performance skill) yang pelbagai mengikut keupayaan pelajar. Di sini menunjukkan, stail ini lebih bersifat individu. Kriteria yang utama dalam stail ini adalah memfokuskan semua perkara tersebut tadi pada satu tugas atau cabaran yang perlu dilakukan oleh semua orang. Oleh yang demikian, guru akan memberikan satu tugasan yang akan dilakukan oleh semua murid. Namun begitu, perlakuan pelajar pula adalah pada tahap kemampuan mereka sendiri dan bukannya atas ketetapan dan kemahuan guru yang mengajar itu. Guru harus menekankan kepada murid yang masih berada di tahap pilihan mereka dan memberi galakan kepada mereka. bagi pendapat saya, stail ini memerlukan guru bertindak lebih bijak dan kreatif untuk menarik perhatian murid supaya lebih tertarik dengan perkara yang sedang diajar.
          Kaedah ini juga mengutamakan kepada peningkatan dan penguasaan seseorang individu secara berperingkat-peringkat dan penyertaan secara sukarela. Di sini menunjukkan, guru tidak akan memaksa murid membuat apa yang diajar itu. Seterusnya, pelajar itu sendiri diberi kebebasan untuk menilai kemampuan mereka dalam setiap tahap latihan yang diberikan kepada mereka. Namun demikian, saya beranggapan gaya pembelajaran  ini kurang sesuai untuk diguna pakai ke atas pelajar-pelajar istimewa. Hal ini kerana, mereka tidak dapat menilai apa yang mereka buat itu betul atau salah. Murid berkeperluan khas biasanya akan melakukan mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja, tanpa memikirkan orang lain mahupun aspek keselamatan. Semasa penempatan di sekolah nanti, saya semestinya akan mengajar murid-murid pendidikan khas. Walaupun gaya pembelajaran ini tidak sesuai digunakan ke atas mereka yang istimewa, saya beranggapan ilmu ini suatu pengetahuan bermakna dan berguna kepada saya.
          Sama seperti stail pembelajaran yang lain, stail ini juga mementingkan tiga proses semasa pelaksanaan iaitu set pra-impak, set impak dan set pasca impak. Semasa Set Pra-Impak, semua keputusan akan dibuat oleh guru dan guru yang akan menyediakan tugasan untuk program individu. Di sini menunjukkan, guru seharusnya bersedia sebelum melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Seterusnya, semasa set impak pula, guru akan menerangkan atau bersoal jawab dengan murid mengenai konsep gaya peningkatan dan menyatakan objektif utama pelajaran pada hari tersebut. Di sini menunjukkan peranan guru adalah menjawab soalan pelajar dan mengutamakan komunikasi dengan pelajar. Guru juga akan menyatakan peranan pelajar yang  mana melibatkan tinjauan pilihan serta pemilihan tahap yang sesuai. Kemudian, barulah pelajar akan melakukan tugasan dan menilai prestasi berdasarkan kriteria serta menentukan tahap mereka yang seterusnya. Kemudian, semasa Set Pasca Impak, pelajar akan menilai prestasi mereka berdasarkan kad kriteria. Guru akan menyelia kelas untuk seketika dan kemudian bergerak untuk mendapatkan maklum balas pelajar secara individu.
          Setelah dikaji, saya mendapati terdapat pelbagai kelebihan mahupun kekurangan dalam penggunaan stail ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Stail ini menggalakkan sifat berdikari pelajar daripada pengaruh dan keputusan guru. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah memberi arahan dan membuat keputusan yang sewajarnya untuk memastikan perkembangan pelajar mereka di peringkat lebih baik daripada sebelum pengajaran berlansung. Antara kelemahan stail ini adalah stail ini amat memakan masa apabila ingin menggunakannya kerana stail ini banyak menggunakan komitmen guru. Bagi pendapat saya, adalah lebih elok sekiranya pelajar sendiri yang bertindak aktif dalam proses P&P. Hal ini kerana, pembelajaran berpusatkan murid lebih berkesan berbanding berpusatkan guru semata-mata. Hal ini seterusnya tidak menggalakkan fungsi kreativiti dan perkembangan tingkah laku pelajar dan mereka akan mudah terasa bosan.
Dengan adanya tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL D - STAIL SEMAK KENDIRI


Stail semak kendiri adalah kelolaan kumpulan saya sendiri iaitu Nik Noradilla dan Amira.  Sejujurnya untuk melakukan stail ini dalam pross pengajaran dan pembelaran pendidikan jasmani, saya mrasakan suatu bebanan kerana RPH yang kami hasilkan dikritik olh pensyarah, namun kami perbaiki lagi demi meningkatkan kualitinya untuk diterjemahkan didalam pengjaran mikro kami.  Terlebih dahulu, stail ini adalah berkaitan dengan cara penilaian sendiri. Stail  semak kendiri (Stail D) adalah lanjutan daripada stail pembelajaran, iaitu stail perintah (stail A), stail kaedah latihan (stail B) dan stail bergandingan (stail C). Dalam stail ini guru  bertindak  memastikan semua pelajaran, kriteria dan keputusan logistik. Tugas murid pula ialah belajar secara sendiri dan memeriksa hasilan kerja mereka sendiri berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru. Berdasarkan kepada kemahiran yang telah dipelajari, pelajar akan melakukan penilaian kendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran stail D, penekanan lebih kepada individu atau pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

     Alhamdulilah, setelah berusaha akhirnya RPH kami diterima dan berdasarkan RPH tersbbut saya dan Amira menglolakan pengajaran mikro kami.  Sjujurnya amat sukar untuk mengawal sbuah kelas.  Hal ini krana dngan bermacam ragam dan karenah pelajar yang ditempuhi, susunan aktiviti juga nampaknya mempunyai kekangan yang tersendiri.  Seperti kumpulan lain, kami memulakan pengajaran mikro kami dngan taklimat ringkas dan aktiviti memanaskan badan seterusnya terus kpada aktiviti lain.  Saya dan rakan menaysarkan murid darjah empat dan kami memilih kmahiran asas lokomotor sbagai tunjang pngajaran kami.  Kami melakukan  aktiviti yang mengkehendaki pelajar-plajar supaya bergrak dari satu stesen ke stesen yang lain untuk melakukan prgerakan lokomotor namun kawalan kelas pula menjadi masalah apabila arahan yang diberi tidak didengari. Saya berpendapat mungkin arahan ayang saya berikan kurang jelas, merka tidak faham ataupun ‘volume’ suara saya terlalu rendah.  Mungkin itu adalah kelemahan saya dan saya mengaku serta berazam untuk memperbaikinya di masa akan datang.

     Melalui pngalaman saya, saya melihat stail D sbagai satu stail yang guru boleh menilai kemampuan dan perkembangan pelajar dalam melakukan aktiviti melalui senarai semak kendiri kerana penilaian itu dilakukan oleh pelajar itu sendiri.  Guru juga mempercayai pelajar bersikap jujur sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta dalam aktiviti penilaian kendiri kerana penilaian tersebut  mesti berdasarkan kemampuan atau kemahiran mereka sterusnya merka dapat menilai tahap kemampuan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.  Sebetulnya pelajar perlu memberi maklumbalas kendiri secara jujur dan ikhlas semasa mengisi ruangan catatan di lembaran kriteria senarai semak kendiri.  Selain itu, pelajar  juga bpleh mengenalpasti had keupayaan diri mereka sendiri. Mereka  dapat mengenalpasti keupayaan, kejayaan atau kegagalan diri mereka sendiri. 

     Kelemahan stail ini pula ialah jangka masa yang pendek menghalang pelajar dari mempelajari tentang keupayaan atau kemampuan sendiri, selain itu Stail D kurang berkesan sekiranya saiz kelas terlalu besar kerana akan mengalami masalah untuk mengawal kelas.  Rekod atau catatan mungkin kurang tepat berdasarkan sifat kejujuran murid.  Manakala murid yang tidak tahu membaca akan mengalami masalah untuk melengkapkan kad senarai semak kendiri.

     Itulah serba sedikit kekuatan serta kelemahan dan pengalaman saya semasa mengelokakan pengajaran mikro tersbut.  Meskipun banyak kekurangannya namun kami telah membuat sehabis baik dan semampu kami untuk memastikan bahawa pengajaran mikro itu berjaya.  Adakalanya kawalan kelas bukanlah salah murid semata-mata, mungkin juga brpunca dari kelemahan guru. Meskipun kurang berjaya dari segi pnyusunan aktiviti dan kawalan kelas namun stidaknya saya mmeperoleh pngalaman baru

Saturday, December 15, 2012

Refleksi Pengajaran STAIL C - STAIL BERGANDINGAN


Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang menggunakan stail C sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata saya. Stail C adalah stail bergandingan.
Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan melihat pembelajaran yang sedang berlansung dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Di sini menunjukkan guru hanya menjadi pemerhati daripada jauh sahaja.
Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkah laku pelajar). Objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti kesalahan dan membetulkannya. Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid adalah mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih komunikasi untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritik dan menerima pendapat daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail ini merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku, stail ini berpusatkan kepada pelajar berdasarkan tugasan atau arahan berpadukan kepada kad kriteria, guru berperanan sebagai fasilitator dan pelajar memainkan peranan sebagai pelaku dan pemerhati masing-masing. Menerusi stail ini, peranan guru adalah memantau pemerhati, menjawab soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku, menerangkan tentang kad kriteria. Manakala, peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru, pelaku mengikut arahan dalam kad kriteria, menerima maklum balas daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi pelaku dan buat kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku, jika perlu pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru.
Seperti stail-stail yang lain, stail C juga mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Kekuatan stail C ini adalah guru menerima hubungan sosial antara pemerhati dan pelaku, guru sedar kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas antara satu sama lain serta mencapai objektifnya, guru dapat mengembangkan perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan tambahan, pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran guru.
Kelemahan stail C ialah kesukaran pelajar untuk memilih pasangan yang sesuai. Mungkin ada di antara mereka tidak mempunyai persefahaman yang selari. Hal ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Seterusnya, kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan. Stail ini juga hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya. Tidak semua individu memerlukan bimibingan rakan sebaya, ada individu yang lebih selesa dengan pembelajaran secara kendiri atau pembelajaran terus daripada guru mereka sendiri. Hal ini berkemungkinan, kepercayaan yang diletakkan kepada guru itu lebih tinggi berbanding rakan sebaya. Selain itu, apabila guru menggunakan stail ini akan wujudnya tingkah laku yang baru menyebabkan ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur semasa aktiviti. Kemungkinan perlakuan yang dilakukan itu adalah salah, tetapi ada individu yang merasakan hanya dia sahaja yang betul dan mengabaikan pandangan rakan sebaya itu.
Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran stail bergandingan ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan. Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut. Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah disempurnakan oleh saya dan rakan-rakan. Sekian, terima kasih.

Friday, December 14, 2012

REFLEKSI STAIL B – STAIL LATIHAN


Stail latihan ini telah dikelolakan oleh kumpulan Nursyahirah dan Siti Nor Syahirah.  Mereka menggunakan stail latihan untuk mengajar murid tahun 2 KSSR kemahiran membaling dan menangkap bola.  Kelas pada pagi itu dimulakan dengan sdikit taklimat oleh Syahirah dan aktiviti memanaskan badan oleh Nursyahirah.  Dari awal sehinggalah tamat sesi pengajaran, saya merasakan bahawa kemahiran yang dipilih mereka amat sesuai untuk sasaran murid-muridnya.  Saya dan rakan-rakan yang berlakon mnjadi murid amat seronok kerana kemahiran yang diajarkan bukan saja senang malahan menyeronokkan. 

     Stail latihan ini ialah satu kaedah pengajaran di mana guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu.  Guru akan memerhati prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar. Ntara kandungan aktiviti kumpulan mereka ialah secara berkumpulan dan berpasangan, kami dikehendaki membaling dan menangkap bola dengan teknik yang betul.  Pada mulanya kelas kedengaran bising kerana kawalan kelas yang kurang memuaskan sementelah cuaca juga semakin panas menyebabkan ‘murid-murid’ tidak selesa serta kurang memberikan kerjasama namun apabila aktiviti secara berpasangan dilakukan, kawalan kelas kembali tenang.

     Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti melaui stail pengajaran dan pemblajaran ini adalahIsi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah serta  mudah untuk dipelajari oleh murid.  Contohnya kemahiran membaling dan menangkap bola sperti yang ditunjukkan oleh Nursyahirah amat senang diikuti olh kami, saya berpendapat, jika diajar untuk kanak-kanak tahun dua juga pasti mreka senang dan seronok memepelajarinya kerana sesuai dengan keupayaan serta tahap mereka.  Guru bertindak sebagai fasilitator yang dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan yang dilakukan murid. Stail pengajaran ini juga membolehkan Komunikasi secara dua hala berlaku iaitu antara guru dengan murid, murid dengan murid yang secara tak lengsung melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

     Kelemahan stail ini pula ialah pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat.  Hal ini terbukti apabila sebelum guru smpat memberikan maklum balas dan menunjukkan cara yang btul, murid sudah siap melakukan kemahiran tersebut.  Selain itu, Perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan kerana lebih tertumpu pada aspek psikomotor. Pelajar juga akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang dijalankan sedangkan pelajar sudah menguasai kmahiran yang diajarkan dan aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklumbalas guru jadi sdikit sebanyak mengundang kebosanan kepada pelajar.

          Secara ringkas dapatlah saya simpulkan bahawa stail latihan yang dikelolakan oleh mereka ini pada pandangan saya berjaya kerana berupaya memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap dan keupayaan pelajar-pelajarnya Cuma  kawalan kelas sedikit terganggu akibat cuaca yang panas tapi itu tidak menjejaskan aktiviti mereka.

Wednesday, December 12, 2012

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL A


Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali kumpulan yang menggunakan stail A sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.  Sebelum itu kumpulan ini telah membentangkan slaid yang begitu berinformatif. Stail A adalah stail perintah. Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua keputusan.

          Kumpulan yang membentangkan stail ini adalah kumpulan Mohd Ropi dan Wan Hafiz.  Mereka menggunakan stail  perintah untuk mengajar kemahiran membaling bola menggunakan alatan seperti gelung rotan kepada kami.  Kelas mereka dimulai dengan aktivit pemansan badan yang dilakuakn oleh Mohd Ropi sementara Hafiz pula mmberi arahan.  Kami yang bertindak sbagai murid-murid mendengar arahan mereka dengan tekun.  Selepas itu Hafiz member arahan untuk aktiviti yang seterusnya sementara Ropi pula menerangkan kepada kami tentang apa yang perlu dilaksanakan.

          Sejujurnya pada pemerhatian saya, aktiviti yang dikelolakan oleh mereka tersebut kurang sesuai dengan tahap pemikiran dan keupayaan murid tahap satu yang merka pilih meskipun arahan mereka jelas dan trang srta mudah difahami.  Mungkin sbagai orang dewasa yang berlakon sebagai kanak-kanak saya merasakan bahawa aktiviti tersebut adalah sangat menggembirakan dan saya menikmati aktiviti prmainan trsbut namun untuk diaplikasikan kepada murid tahap satu tentunya ia bukan idea yang baik.

          Meskipun stail perintah adalah stail pengajaran yang paling mudah untuk dikelolakan seperti kata pensyarah dan rakan-rakan namun saya melihat dari sudut berbeza.  Stail ini meskipun hanya perlu memberi arahan dan berpusatkan guru namun apa yang mencacatkan ksempurnaan stail ini adalah kawlan kelas ynag kurang efktif.  Adat apabila seorang dewasa berlakon sbagai kanak-kanak, ragamnya kadang-kadang melebihi  kanak-kanak itu sendiri.  Arahan yang diberikan oleh ‘guru’ tidak dipedulikan malah ada yang berbual dan gagal untuk memberikan kerjasama.  Hal ini mungkin disebabkan oleh penyampaian ‘guru’ yang tidak yakin serta intonasi suara yang agak perlahan menyebabkan ‘murid-murid’ tidak memberi perhatian.

          Antara kelemahan lain stail perintah ini juga adalah ianya pengajaran dan pmbelajaran Berpusatkan guru.  Guru hanya menentukan keputusan semasa mengajar dan pelajar perlu menurut perintahnya. Yang kedua ialah komunikasi sehala.  Guru sahaja yang memberi arahan semasa   mengajar, manakala pelajar hanya mendengar perintah guru.  Dalam pengajaran guru, pelajar hanya mengikuti perintah dan melakukan arahan iaitu komunikasi sehala berlaku. Pelajar menjalankan aktiviti mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat. Guru sebagai model yang diikuti. Pelajar perlu mengikuti arahan guru semasa proses pengajaran   berlangsung, disebabkan ia adalah P&P berpusatkan guru maka pelajar tiada kuasa untuk menyuarakan pndapat dan hanya menurut printah guru sahaja..        Perasaan negatif menjadi semakin menebal dan akan mendesak pelajar menolak corak pengajaran guru dan mengancam keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.  Stail perintah juga  menyekat perkembangan kreativiti pelajar Perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam penggunaan stail ini. Pada masa yang sama, kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi pendapat individu pelajar.

          Walaupun begitu namun terdapat juga kekuatan yang menyerlah disebalik stail perintah ini.  Stail ini dapat mengelakkan kepesongan kandungan pengajaran. Stail pengajaran perintah akan memeliharakan kandungan pelajaran penyampaian guru tanpa sebarang perubahan sekiranya pelajar mengikutinya dengan sepenuhnya. Stail perintah juga dapat mengawal kelas secara berkesan, keberkesanan pengajaran dengan stail ini adalah jelas sekali bagi saiz kelas yang besar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan mendengar dan mengikuti perintah guru untuk melancarkan lagi proses pembelajaran. Stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan. Berdasarkan pengajaran daripada guru, stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal pelajar melalui peniruan secara berkesan. Guru bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan semasa peniruan. Selain itu, guru  perlu memastikan penerimaan kemahiran pembelajaran pelajaran dengan betul.  Stail perintah dapat menghasilkan keseragaman Pelajar menguasai sesuatu kemahiran melalui    peniruan akan  menghasilkan keseragaman.

          Pendapat tersbut adalah dari kaca mata saya sebagai seorang pemerhati. Setiap stail pengajaran mempunyai cara penyampaian tersendiri yang dapat dilaksanakan secara berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran atau sebaliknya. Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti srta keupayaan murid-muridnya.  Semasa penyampaian stail pengajaran perintah ini, guru perlu menggunakan bahasa dengan betul, mudah dan jelas.  Selain daripada itu, guru perlu mengambilkira pelbagai perkara seperti objektif, emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan dan menggunakan aktiviti yang ssuai dngan tahap dan keupayaan sasaran murid mereka.

           

Tuesday, December 11, 2012

BIBLIOGRAFI TUGASAN SENI DALAM PENDIDIKAN


BIBLIOGRAFI

Buku

Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In Search Of Understanding : The Case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD).
Brooks, J.G. & Books, M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist. Educational Leadership, 57(3).
Driver,R. (1983). ” The Pupil as Scientist?”. Milton Keynes: Open University Press.
Durkheim, E. (1956). Education and Sociology. New York : The Free Press.

Gardner, Howard (1983) Frames of Mind : The Theory Of Multiple Intelligences, New York : Basic Books.
Herbert Read. (1935). The Meaning of Art. London : Faber & Faber.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2006). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
McBrien, J.L & Brandt, R.S. (1997). The Language of Learning : A Guide to Education Terms. Alexandria, VA : Association for supervision and Curriculum Developtment.
Needham,R. (1987). “Teaching Strategies for Developing Understanding in Science.” Leeds, Children’s Learning in Science Project, University of Leeds.
Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science.” Auckland, Heinemann.
Sharifah Maimunah (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Jurnal

Osman Hashim dan Ahmed Ghazie Ibrahim. (2007). Ke Arah Peningkatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah. (2005) Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Educators and Education, 20 . pp. 21-41.

Internet

Syamsul Izwan, Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan, http://notapismp.blogspot.com, dilayari pada 6 Ogos 2012.

 

Burhan Bin Ramli, Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik, http://burhan-cikgubob.blogspot.com, dilayari pada 6 Ogos 2012.

Monday, December 10, 2012

BIBLIOGRAFI TUGASAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN FULL


BIBLIOGRAFI

Buku
AECT. (1994). The Definition of Educational Technology. Washington D.C. : AECT.
Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dick, W., & Reiser, R.A (1989). Planning Effective Instructions, New Jersey : Prentice Hall.
Evans, T. dan Nation D., (2000) Changing University Teaching : Reflection on Greating Educational Technologies, Routledge,
Fiske, E.B. (1992). Smart Schools, Smart Kids. New York : Simon & Schuster.
Gagne, Brigss dan Wager (1992), Principles of Instructional Design. Edisi ke-4,. Texas : Harcourt Brace Jovanovich College Publishres.
Gustafson (1991), Survey of Instructional Development Models. Kuala Lumpur : Us Department of Education Public Domain.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D.,& Smaldino, S.E., Instructional Media And Technologies for Learning, edisi ke-6, Prentice-Hall, Upper Saddle River, New Jersey, 1999.
Heinich, R.Molenda dan Rusell, J.D, (1993). Instructional Media and The New Technologies of Instruction, New York : Macmillan.
Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2001). Grafik Asas (Panduan Penghasilan Bahan Pengajaran). Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar.
Perkins, D. (1992). Smart Schools : Better thinking and learning for every child. New York : The Free Press.
Richey, R.C. (1986). The Theoritical & Conceptual Bases of Instructional Design. London/New York : Kogan Page Ltd. / Nichols Publishing & CO.
Roblyer M.D. (2003). Integrating Educational Technology into Teaching. United States : Allyn & Bacon.
Schramm, W. (1977). Little Media, Big Media : Tools & Technologies for Instruction, Newbury park, CA, : Sage.
Smaldino, R.E., Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M., Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8, Pearson Educational Inc., New Jersey, 2005.
Yusuf Hashim. (1997).  Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan.  Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Yusuf Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd..
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd.

Jurnal
Ahmad Jaffni H.M. Hassan. (1996). Peranan multimedia dalam menghadapi cabaran dan perubahan pengajaran dalam masyarakat pelajar bermultimedia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke-21.
Clark, R.E. (1983), Winter. Reconsidering Research On Learning From Media Review of Educational Research, 53(4), 445-459.
Kulik, C.L.C., & Kulik, J.A. (1986). Mastery Testing & Student Learning : A Meta-analysis. Journal of Educational Technology Systems, 15 (3), 325-345.

Internet
Tiada nama pengarang, Definisi Teknologi Pendidikan, http://bibliografi.moe.edu.my, diakses pada 30 Julai 2012.
Tiada nama pengarang, Model Reka Bentuk Pengajaran, http://www.iptho.edu.my, diakses pada 2 Jun 2012.

Sunday, December 9, 2012

PENGGUNAAN MEDIA SELEPAS P&P


  •        Antara langkah untuk menguruskan media yang telah digunakan selepas pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menyimpan media yang telah digunakan iaitu bahan-bahan powerpoint, video serta audio lagu ke dalam cakera padat. Kemudian cakera padat tersebut akan disimpan di tempat yang selamat seperti dalam bekas cakera padat agar bahan-bahan yang telah saya masukan itu tidak rosak. Hal ini bertujuan bagi memastikan salinan cakera padat tersebut dapat digunakan pada masa akan datang. Bahan-bahan ini juga akan disimpan di dalam salinan keras (hard disk) untuk simpanan saya sendiri.
  •        Petikan teks syair yang telah digunakan itu pula akan ditampal pada papan kenyataan di dalam kelas. Hal ini kerana, jika teks syair itu ditampal di sudut yang mudah untuk dilihat oleh murid, mereka akan mudah mengingat apa yang telah dipelajari. Memori pembelajaran tersebut akan disimpan ke dalam memori jangka masa yang panjang apabila murid tersebut sering melihat petikan tersebut. Tambahan lagi, hal ini juga boleh dijadikan peringatan kepada murid-murid supaya terus mencintai alam sekitar supaya tidak berlakunya bencana alam.
  •     Satu fail khas juga perlu disediakan untuk menyimpan lembaran kerja. Oleh yang demikian, penulis akan dapat menggunakan lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid untuk menilai tahap kefahaman mereka melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Selain itu, hal ini juga akan memudahkan guru merujuk kembali bahan tersebut pada bila-bila masa dan boleh didapati apabila perlu digunakan kembali.