Sunday, June 15, 2014

Contoh Teks Berita (Kanak-kanak Maut Melintas Jalan)

SEGAMBUT, 5 Ogos – “Kalaulah dia tidak bersendirian”. Itulah kata-kata sesalan Chee Beng, ayah kepada Chee Ming, kanak-kanak yang terbunuh ketika cuba melintas jalan raya yang sibuk di Jalan Utara.
           Chee Ming, murid Tahun Satu dari Sekolah Kebangsaan Berseri telah dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan kawasan rumahnya di Jalan Utara. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, ketika mangsa berjalan kaki ke sekolah di seberang jalan.
Dilaporkan bahawa, pelanggaran itu berlaku apabila Chee Ming berada di tengah jalan, ketika melintas jalan raya satu lorong. Mangsa yang dilaporkan mati di tempat kejadian, mengalami kecederaan parah di kepala, leher dan pinggang.
Mayat Chee Ming akan dibakar di pekan Hall Crematorium di Jalan Puncak, Segambut hari ini. Mengikut laporan, pemandu kereta yang terlibat telah direman untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa. 

No comments:

Post a Comment