Monday, June 16, 2014

Contoh teks cerita Tahun 3 KSSR (Tangga Bergerak)

Pada hari Ahad yang lalu, ibu membawa Kamal ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu. Kamal berselisih dengan Ming Lee. Ming Lee berjalan bersama-sama bapanya.
            “Wah, kamu juga ada di sini Ming Lee!” tegur Kamal.
            “Ya, Kamal. Saya hendak membeli kasut sukan. Saya minta diri dahulu, Kamal,” kata Ming Lee.
            “Baiklah, Ming Lee. Jumpa lagi,” kata Kamal.
Semasa Kamal dan ibunya hendak menaiki tangga bergerak, seorang pengawal keselamatan berkata kepada ibu Kamal.
“Puan, pegang tangan anak puan apabila menaiki tangga bergerak ini.” Ibu tersenyum sambil berkata, “ Baiklah, ___________.”
“Encik, bagaimanakah cara yang selamat menaiki tangga bergerak ini?” tanya Kamal.
“Begini, adik. ________ hendaklah berdiri di tengah tangga. Jangan bergurau atau bermain-main semasa menaiki tangga bergerak. Kamu hendaklah melangkah sebaik-baik sampai di penghujung tangga.”

“Oh, begitu! Terima kasih, encik,” kata Kamal.

No comments:

Post a Comment