Tuesday, June 24, 2014

Contoh teks Bicara Berirama (Tajuk Bicara Berirama : Piramid Aktiviti Kesihatan)

Tajuk Bicara Berirama : Piramid Aktiviti Kesihatan

Semua kumpulan : Kawan-kawan, lihat piramid kesihatan. Banyak aktiviti
yang  patut kita lakukan.


Kumpulan 1 : Apakah aktiviti yang patut kita lakukan?

Kumpulan 2 : kita patut melakukan gerak kerja di rumah sebanyak mungkin.
Kumpulan 3 : Apakah contoh-contoh kerja di rumah yang boleh kita lakukan?
Kumpulan 4 : Kita boleh potong rumput, naik turun tangga, menanam bunga,     
  membersihkan tandas dan banyak lagi.

Kumpulan 1 : Mengapa kita kena buat gerak kerja di rumah?

Kumpulan 2 : Kita kena buat gerak kerja di  rumah, supaya diri kita segar.    
  Rumah juga bersih. Pasti kita akan selamat.

Kumpulan 3 : Selamat daripada apa ya?

Kumpulan 4 : Contohnya, selamat daripada nyamuk aedes. Kalau pastikan                                     rumah bersih, tiada takungan air, nyamuk aedes tak akan membiak.

Semua kumpulan : Ooo.. Macam itu cara untuk sihat..

Kumpulan 1 : Apakah cara lain yang boleh membuatkan badan kita sihat?
Kumpulan 2 : Kita boleh melakukan sukan rekreasi.
Kumpulan 3 : Apakah contoh sukan rekreasi?
Kumpulan 4 : Sukan rekreasi adalah seperti berbasikal, bermain badminton,                                     bermain kasut roda, dan banyak lagi. Kamu semua pernah buat?

Semua kumpulan : Kami pernah buat.
Kumpulan 1 : Bagus. Lakukan tiga hingga lima kali seminggu. Pasti badan kita akan                         sihat.



Kumpulan 2 : Kami memasuki kelab taekwando. Pasti kami kuat.
Kumpulan 3 : Kami selalu berjogging. Pusing sekitar taman.
Kumpulan 4 : Bagus kamu lakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Lakukan dua hingga                               tiga kali seminggu. Aktiviti-aktiviti seperti taekwando dan berjogging,                         dapat menguatkan otot badan kita.


Kumpulan 1 : Kami gemar main permainan PS2.
Kumpulan 2 : Tidak elok aktiviti tidak aktif seperti itu. Kamu semua kena kurangkan.
Kumpulan 3 : Bagaimana pula dengan hobi menonton televisyen sepanjang hari                           cuti?
Kumpulan 4 : Sama juga. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti tidak aktif. Kita kena                           kurangkan.
Kumpulan 1 : Mengapa kita perlu kurangkan aktiviti-aktiviti tidak aktif?
Semua kumpulan : Aktiviti-aktiviti tidak aktif akan menambah berat badan. Badan                                  kita pasti akan bertambah gemuk dek kerana lemak tak dapat                                 disingkirkan. Mari patuhi piramid aktiviti kesihatan. Terima kasih.








No comments:

Post a Comment