Saturday, October 11, 2014

Contoh kertas kerja pengurusan perhimpunan




1.0         PENGENALAN
Perhimpunan mingguan merupakan satu perhimpunan dalam kalangan para guru dan murid-murid. Perhimpunan mingguan biasanya diadakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting secara terus kepada murid-murid atau para guru berkenaan disiplin, aktiviti, laporan dan sebagainya.

2.0         RASIONAL
Rasionalnya aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menguruskan perhimpunan mengikut protokol yang telah ditetapkan dengan beberapa aktiviti.

3.0       OBJEKTIF                                                                                                                                           

3.1       Memberi ruang dan peluang kepada pelatih guru untuk menguruskan sesuatu aktiviti.
3.2         Mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara pelatih guru dengan warga sekolah.
3.3         Menguji komitmen pelatih guru dalam melaksanakan projek dengan sempurna.

4.0       MATLAMAT 
Perhimpunan mingguan  berfokus ke arah menyemai, menanam dan memupuk perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara dalam kalangan murid-murid.

5.0 TARIKH / TEMPOH
Tempoh aktiviti pengurusan perhimpunan ini akan dijalankan dari ? hingga ?.


6.0 TEMPAT
Tapak perhimpunan Sek. Keb. ?

7.0       KUMPULAN SASARAN
Warga Sek. Keb. ?

8.0       ATUR CARA PERHIMPUNAN MINGGUAN
           Rujuk lampiran 1.
.
9.0       AHLI JAWATANKUASA
Rujuk lampiran 2.

10.0 PENUTUP

Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Disediakan oleh,

 ……………………………………...............
(?)
Setiausaha Perhimpunan Mingguan
            Sekolah Kebangsaan ?



Disemak oleh,                                           

            …………………………………………….........      
(?)
Mentor
Sekolah Kebangsaan ?
           



Diluluskan oleh,


            ……………………………………......       
            (?)     
            Guru Besar  
            Sekolah Kebangsaan ?



 
LAMPIRAN 1




TENTATIF ATUR CARA PERHIMPUNAN MINGGUAN
’tarikh? hingga tarikh ?’

1.00 tengah hari
                  -   Murid-murid dan guru-guru berhimpun
                  -   Bacaan Doa
                  -   Nyanyian lagu (Lagu Negaraku, lagu negeri Perak, lagu Perak Sentiasa di
                                                Puncak Kecemerlangan, lagu Sek. keb. ?)
-        Bacaan ikrar Rukun Negara
-        Laporan guru bertugas
-       Info menarik
        Minggu pertama : Info menarik tentang binatang
        Minggu kedua : Info menarik tentang tokoh dan pencipta
        Minggu ketiga : Info menarik tentang flora
        Minggu keempat : Info menarik tentang makanan
-       Ucapan Penolong Kanan Petang

2.00 petang
                 -   Perhimpunan bersurai







LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI PENGURUSAN
PERHIMPUNAN MINGGUAN
SEKOLAH KEBANGSAAN ?

Pengerusi      

Naib Pengerusi

Setiausaha  

Bendahari                    

Ajk Sistem PA

AJK Dokumentasi

AJK Disiplin
Semua guru bertugas




















No comments:

Post a Comment