Interaksi
ini berlaku sejak abad ke-3M lagi apabila Parsi menghantar utusan ke istana
kerajaan Wei. Kemudian, interaksi kedua tamadun ini terus berkembang apabila
China mengadakan hubungan perdagangan dengan Teluk Parsi pada abad ke-5M.
Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan China semakin berkembang pada
abad ke-8M dengan adanya laluan darat dan laut.
Hasil daripada hubungan perdagangan
ini, agama Islam mula tersebar ke China. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah
mendirikan Masjid di Guangzhou. Namun begitu, penyebaran agama Islam ini
berjaya selepas beberapa abad kemudian iaitu dengan usaha beberapa tokoh muslim tempatan China seperti
Wang Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711), Liu Zhi (1660-1730) dan Ma Dexin
(1794-1874).
Penyebaran Islam di China berlaku
dengan mudah kerana tokoh Muslim tempatan China memperkenalkan Islam dengan
menggunakan konsep sedia ada dalam ajaran Konfusianisme. Hal ini kerana,
terdapat persamaan konsep konfusianisme dengan Islam yang menampakkan ianya saling
melengkapi. Usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan identiti asas Islam mahupun
Konfusianisme.
Interaksi ini memberikan sumbangan
kepada kedua-dua tamadun. Tamadun Islam atau Tamadun Arab mempelajari mengenai
kompas, teknologi percetakan dan pembuatan kertas serta teknologi pembuatan
bahan letupan. Tamadun China pula dapat mempelajari ilmu pengetahuan baru
seperti perubatan, farmasi dan astronomi. Hasilnya, seorang sarjana
China-Islam, Li Xun telah menulis buku bertajuk Materia Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku tersebut
membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.
Hasil daripada interaksi ini, terdapat
juga banyak masjid dan dewan membaca al-Quran dibina hasil gabungan ciri-ciri
reka bentuk seni bina China dan Arab. Masjid berseni Arab kebanyakannya
terdapat di Xianjian. Setelah abad ke-14 reka bentuk masjid di China banyak
dipengaruhi oleh reka bentuk kuil dan istana China.
Tuntasnya, interaksi antara tamadun
Islam dengan Tamadun China ini memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua
pihak. Kesan interaksi ini menyebabkan ajaran agama Islam tersebar luas ke
China sehinggalah hari ini.
rujukan dari mana ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum. saya mohon izin ambil nota awak ye buat rujukan saya. Terima kasih :) minta halalkan ye
ReplyDelete