Thursday, May 22, 2014

cara guru biasa meningkatkan keberkesanan aktiviti bimbingan dalam bilik darjah.



       I.            Perlu ada kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalisme atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.

     II.            Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

  III.            Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.

 IV.            selain mengajar, guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

    V.            Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah, guru perlu sebagai pembimbing, membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment