Thursday, May 22, 2014

Pro Forma Kursus Penyelidikan Tindakan I – Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah)



Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Penyelidikan Tindakan I – Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah)
[Action Research I – Malay Language for Primary Education
(Methodology)]
Kod Kursus
BMM3113
Kredit
3(3+0)
Jam Kontak
45 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama /Kedua
Hasil Pembelajaran 
1.   Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.
2.   Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika.
3.   Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan.
4.   Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.
5.   Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.
6.   Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
Sinopsis
Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, pelbagai reka bentuk penyelidikan pendidikan, prosedur penyelidikan pendidikan, konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan data, pertimbangan dalam pengumpulan data, analisis data, interpretasi data penyelidikan tindakan, penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan.

This course provides knowledge on action research method in Malay Language for primary education. It discusses introduction to research methods in education, types of educational research, introduction to  various types of educational research design, educational research procedure, concepts of action research and models, action research process, planning and proposal, data collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting the action research data, writing an action research report and article, and ways of making action research data public.

Tajuk
Kandungan
Jam
1
Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
·         Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
·         Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
·         Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan
-   Pendekatan positivis (kuantitatif)
-   Pendekatan interpretatif (kualitatif)
·         Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan
-   Aspek-aspek penting dalam etika
    penyelidikan
-   Kod etika
3
2
Jenis Penyelidikan
-  Penyelidikan asas
-  Penyelidikan gunaan
-  Penyelidikan tindakan
-  Penyelidikan penilaian
Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
·         Penyelidikan kuantitatif
-   Kajian eksperimental
-   Kuasi-eksperimental
-   Kajian tinjauan
-   Kajian korelasi
·         Penyelidikan kualitatif
-   Kajian etnografi
-   Kajian kes
-   Kajian sejarah
3
3
Prosedur Penyelidikan Pendidikan
  • Menyatakan masalah kajian
  • Menetapkan objektif kajian
  • Membentuk soalan kajian
  • Membentuk hipotesis kajian
  • Melakukan tinjauan literatur
  • Merancang reka bentuk kajian
  • Menentukan prosedur persampelan
  • Membina instrumen kajian
  • Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
  • Menentukan prosedur pengumpulan data
  • Mengumpul data
  • Menganalisis dan menghurai data
  • Membincang dan melapor hasil kajian
3
4
Penyelidikan Tindakan : Konsep dan Model
·         Definisi dan konsep
·         Ciri-ciri penyelidikan tindakan
·         Kepentingan penyelidikan tindakan
·         Model Kajian Tindakan
-  Model Stephen Kemmis
-  Model John Elliott
-  Model Dave Ebbutt
-  Model Jack Whitehead
-  Model Jean McNiff
-  Model Kurt Lewin
3
5
Penyelidikan Tindakan: Proses

Adaptasi dari model Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992:
·         Mengenal pasti aspek amalan bagi  penambahbaikan
·         Merancang tindakan
·         Melaksana tindakan
·         Mengumpul data
·         Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)

Mengambil tindakan susulan
Merancang kitaran kedua
3
6
Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan
·         Konteks
·         Fokus /Aspek amalan bagi penambahbaikan
·         Soalan kajian
·         Sumber literatur
·         Subjek kajian
·         Merancang pelan tindakan
·         Melaksana pelan tindakan
·         Mengumpul data
·         Refleksi: analisis dan huraian data 
·         Jadual kerja
·         Perbelanjaan
·         Sumber rujukan
3
7
Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
·         Pemerhatian: Pemerhati, peserta dan  pemerhati, peserta 
·         Data berbentuk dokumen
·         Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur
3
8
Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
·         Senarai semak (Questionaires)
·         Rakaman video dan kaset
·         Log
·         Nota lapangan
·         Foto
·         Portfolio
·         Rekod anekdot
·         Slid
·         Jurnal
·         Diari
3
9
Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data  
Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias
  • Pensampelan dan bias
  • Kesahan:
-  Kritikan luaran (keaslian data)
-  Kritikan dalaman (ketepatan data)
-  Data triangulation
·         Kebolehpercayaan – generalisasi data 
·         Etika
3
10
Penyelidikan Tindakan: Analisis Data 

Data Kualitatif
·         Analisis kandungan
·         Mengkategorikan data
·         Mengekodkan data
·         Menyusun data dalam grid analisis
·         Mengenal pasti tema / corak dan makna
·         Menentukan aktiviti kajian susulan
3
11

Penyelidikan Tindakan: Analisis Data 

Data Kuantitatif
  • Analisis deskriptif: Frekuensi, peratusan, min, mod, median, sisihan piawai, pekali korelasi
3
12
Menghuraikan (Interpreting) Data Penyelidikan Tindakan
  • Mengintegrasikan pelbagai sumber data
  • Menghubungkaitkan data dengan literatur
  • Merumus hasil kajian dan membuat kesimpulan
3
13
Penulisan laporan penyelidikan tindakan

     Konteks /latar belakang kajian
     Tinjauan literatur
     Fokus /aspek amalan bagi penambahbaikan
     Pelan tindakan 
     Pelaksanaan pelan tindakan
     Pengumpulan data
     Analisis dan huraian data 
     Refleksi dan implikasi
     Pelan bagi tindakan susulan 
     Sumber rujukan: American Psychological Association (APA)

3
14
Penulisan artikel penyelidikan tindakan  
     Abstrak
     Konteks
     Fokus kajian
     Pelan tindakan 
     Pelaksanaan pelan tindakan
     Kaedah pengumpulan data
     Analisis dan huraian data 
     Refleksi dan implikasi
     Tindakan susulan
     Sumber rujukan
3
15
Cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan 
·       Seminar
·       Penerbitan
·       Rangkaian Penyelidikan Tindakan
3






Jumlah
45

Pentaksiran
Kerja Kursus :                 50 %
Peperiksaan akhir :         50 %
Rujukan Asas
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th. Ed.). London: Routledge Falmer.
Creswell, J. W. (2005). Educational research. Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ohio: Prentice Hall.
Rujukan Tambahan
Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E.(1990). How to design and evaluate research in education. USA, McGraw-Hill.
Gillham, B. (2003). The research interview. London: Continuum.
Jones, J. (2005). Management skills in school. London: Paul Chapman Publishing.
Kembar, D. (2000). Action learning and action research. London: Kogan Page.
Mills, G. E. (2000). Action research. A guide for the teacher researcher. Ohio: Prentice Hall.

No comments:

Post a Comment