Thursday, May 22, 2014

Stategi dilakukan oleh guru kelas untuk menangani masalah murid di sekolah




                               i.            Menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna.  Guru boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun tidak bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya.

                             ii.            Perlulah ‘mendengar dengan telinga, mata dan hati’. Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar.  Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya.

                          iii.            Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa.

No comments:

Post a Comment