Wednesday, October 3, 2012

JENIS-JENIS PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER


Model Pengajaran dengan Komputer (Computer Assisted Instruction (CAI))
  • Model pengajaran dengan komputer ialah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer (Steinberg,1991). 
  • Antara aspek mustahak dalam CAI adalah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah. 
  • CAI adalah komputer digunakan untuk membantu pengajaran secara terancang dan pelajar boleh mengikuti pengajaran secara bersendirian tanpa kehadiran guru. Komputer akan bertindak sebagai alat perantara antara guru dengan pelajar.
  • Model pengajaran ini melibatkan aktiviti yang terbahagi kepada empat kategori utama iaitu tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan. 
  • Bagi setiap topik atau tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. 
  • Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang guru perlulah mengetahui kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.
Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Learning (CAL))
  • Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu bentuk pembelajaran kendiri, interaktif dan bimbingan. 
  • Pembelajaran jenis ini bukan satu fenomena baru dalam dunia pendidikan. 
  • Bentuk pembelajaran ini merupakan alternatif lain bagi penggunaan buku teks. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan tutor dalam proses pembelajaran.
  • Secara umumnya, pembelajaran berbantukan komputer ini terdiri daripada teks, video, gambar dan audio yang membantu murid-murid untuk memahami sesuatu konsep atau topik baru. 
  • Pada penghujung sesi latihan, biasanya program interaktif ini akan menguji pengguna berdasarkan pengetahuan yang mereka perolehi sebelum dibenarkan ke peringkat yang seterusnya. 
  • Misalnya, jika dikaitkan dengan P&P Bahasa Melayu, sesi latihan biasanya dimuatkan dengan soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi kandungan pembelajaran.
Latihan Berasaskan Komputer (CBT)
  • University of Massachusetts di Amherst mendefinisikan CBT sebagai latihan yang berlaku hanya pada komputer dengan individu yang berinteraksi pada program komputer untuk mempelajari konsep atau kursus latihan tertentu. 
  • CBT adalah satu bentuk pembelajaran dan latihan kendiri yang berasaskan computer dan meliputi pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer seperti persembahan Power Point, CD-ROM, DVD dan sebagainya.
  • Pengajaran yang menggubakan CBT ini boleh digunakan tanpa mengakses internet. 
  • Contoh pembelajaran menggunakan CBT adalah seperti CD-ROM interaktif yang disediakan pihak kementerian atau swasta seperti Linguaphone. Menyelesaikan masalah berkaitan dengan operasi dan pengaturcaraan Kawasaki Robotics. 
  • Di samping itu, dengan menggunakan CD-ROM interaktif, pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa menggunakan komputer sendiri. 
  • Pelajar boleh melihat, mendengar, dan membuat pilihan dengan bahan latihan yang disediakan 

No comments:

Post a Comment