Monday, October 1, 2012

Konsep Disiplin Asertif Canter


  • Dari sudut bahasa, disiplin membawa maksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.
  • Manakala asertif pula bermaksud tegas.
  • Jika digabungkan, frasa tersebut mambawa maksud satu latihan pemikiran dan kelakuan yang tegas supaya mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (Kamus dewan bahasa dan pustakan edisi kelima, 2005)
  • Manakala, dari sudut istilah pula, disiplin asertif ini merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur yang direka untuk membantu guru-guru yang mengelola pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Disiplin ini menekankan tentang hak seorang guru dan murid-murid dalam pengurusan dan pengelolaan bilik darjah.
  • Hak yang dimaksudkan ialah hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan juga hak guru untuk mengajar tanpa gangguan yang melampau.
  • Disiplin asertif ini telah diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter.Sebab tercetusnya idea pembinaan model displin ini kerana mereka mendapati majoriti guru tidak mampu mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah.
  • Pendekatan disiplin asertif yang bersifat lebih demokratik dan koperatif ini sedikit demi sedikit telah mengikis pendekatan disiplin autoratif yang diutamakan pada tahun 1970-an.
  • Falsafah disiplin ini berlandaskan kepatuhan murid bagi membantu persekitaran pembelajaran yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran mereka.
  • Bagi mencapai matlamat ini guru haruslah bertindak secara asertif dan tidak agresif.

2 comments: